Anak Hampir Jadi Mangsa Culik Muat Naik Gambar Di Media Sosial

Hampir Jadi Mangsa Culik Di Sekolah, Bapa Nasihat Elak Muat Naik Gambar Anak Di Media Sosial

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Memasuki minggu kedua pelajar ke alam persekolahan, pelbagai ragam dan telatah mencuit hati yang dikongsikan ibu bapa serta guru di media sosial. Tidak ketinggalan juga sesetengah guru dan ibu bapa memberi nasihat dan teguran mengenai hal persekolahan.

Dalam kita mendengar cerita yang melucukan tentang pelajar sekolah, ada juga kisah yang perlu kita waspada dan dijadikan teladan. Seorang bapa memberi peringatan kepada pengguna media sosial terutama golongan ibu bapa agar elak memuat naik gambar dan nama anak di platform media kerana berisiko bahaya.

Ihsan Zainal berkongsi kisah anaknya hampir menjadi mangsa culik apabila seorang individu tidak dikenali datang ke sekolah untuk menjemput anaknya.

“Ketika isteri saya nak jemput balik anak saya seorang ini, tetiba ntah mana seorang itu memakai baju kemas nak jemput anak saya…dengan hanya terbalikkan namanya, rasanya ‘try and error’ kot…

“Kebetulan isteri ada di belakang dia turut terdengar nama anak kami. Namun nasib baik cikgunya mengenali isteri saya. Sekolah baru mana cikgu nak ingat semua muka mak ayah tapi sebab abang dia pernah belajar situ jadi muka kami ni memang tak asing bagi mereka.

“Cikgunya menahan dan berkata awak bukan ibu bapanya,” luahnya di Facebook.

Individu tersebut secara tiba-tiba memberitahu tersilap sekolah lalu beredar dari situ. Menurutnya, insiden itu telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan tertinggi sekolah dan mengambil serius perkara tersebut.

Anak Hampir Jadi Mangsa Culik Muat Naik Gambar Di Media Sosial
Sumber: Ihsan Zainal

Susulan kejadian itu, Ihsan memberi nasihat elakkan berkongsi nama anak dan nama sekolah mereka di media sosial. Ia mungkin boleh terdedah kepada risiko bahaya dan jenayah sek$ual yang bukan sahaja kepada anak, malah boleh juga terjadi kepada ibu bapa tersebut.

Sumber: Ihsan Zainal