
Peruntuk 1 Juta Bina Kawasan Khas Untuk Perokok, Zuraida Dikritik Para Doktor
Kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dikritik pakar perubatan mengenai peruntukkan RM1 juta kepada 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara bagi membina kawasan khas merokok di tempat awam.
Para doktor berkata langkah itu bertentangan dengan Kementerian Kesihatan yang berusaha mengurangkan tabiat merokok.
Menurut sumber, kos rawatan bagi penyakit berkaitan rokok di Malaysia dianggarkan akan menelan belanja RM7.4 bilion wang pembayar cukai menjelang tahun 2025.

Ahli psikiatri yang pakar dalam bidang pemberhentian amalan merokok, Dr Amer Siddiq berkata beliau kecewa dengan pengumuman itu.
“Saya tidak faham logik ini; bila ada jawatan dan boleh buat perubahan, kamu ‘tolong orang untuk mati’…
“Kami cuba selamatkan nyawa tetapi kamu galakkan yang sebaliknya. Bertentangan sama sekali,”tulis beliau di Twitter.
For my international tobacco control colleagues. We have a minister that literally donated a million ringgit to assist people to continue smoking in public spaces. She wants to build a luxury smoking area – seat, shade and ash tray 👏 https://t.co/pIpuK6nb1D
— Dr Amer Siddiq (@DrAmerSiddiqPsy) January 7, 2020
Dr Helmy Haja Mydin, pakar perunding pernafasan berkata dianggarkan separuh daripada perokok di negara ini mahu berhenti dan peruntukan RM1 juta itu patut diperuntukkan bagi membantu golongan ini keluar daripada tabiat buruk.
“Saya harap apa pun yang kamu dapat dari usaha ini berbaloi dengan tambahan kematian akibat dasar yang kamu gubal,” katanya.
Another example of catering to loud voices within the electorate.
Thank you @ybz99 for undermining efforts by @DrDzul @KKMPutrajaya in reducing the burden of disease due to #tobacco
I hope whatever you get out of this is worth all the extra deaths your policy will bring. https://t.co/FCcyKmy4T0
— Dr Helmy حلمي 希尔米 (@dochelmy) January 7, 2020
Menerusi pengumuman Zuraida, beliau menyokong KKM terhadap inisiatif larangan merokok tetapi turut prihatin terhadap aduan kesukaran perokok merokok di tempat awam.
“Inisiatif ini juga bagi menjawab pertikaian pihak tertentu yang mempersoalkan keengganan kerajaan menyediakan kawasan khas merokok seperti yang dilaksanakan di negara maju lain,” katanya pada sidang akhbar di KPKT.
Kementerian Kesihatan telah menguatkuasakan larangan merokok di kedai makan di seluruh Malaysia bermula 1 Januari lalu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan seramai 20,000 lelaki dewasa di Malaysia meninggal saban tahun akibat penyakit berkaitan amalan merokok.
Sumber: Sinar Harian, Malaysia Kini
Trending now



