
Tular Selepas 28 Tahun, KRU Didakwa Ramal Masa Depan Politik Malaysia Menerusi Lagu ’20/20′?
Sejak mula memasuki tahun baharu 2020, lagu daripada kumpulan KRU iaitu Wawasan 2020 kembali tular selepas 28 tahun berlalu.
Dimuatkan dalam album sulung KRU berjudul Canggih pada 1992, lagu hasil tulisan Datuk Norman Abdul Halim dikatakan meramal masa hadapan (2020).
Kerana ada lirik yang memuatkan perkataan ‘Bersatu’ dan ‘Harapan’ ada segelintir netizen bergurau bahawa KRU boleh membaca masa hadapan politik yang mana posisi kerajaan dibarisi oleh Parti Bersatu dan Pakatan Harapan.
Menafikan perkara tersebut, Norman memberitahu lagu tersebut dihasilkan bagi menyahut seruan Wawasan 2020 yang dilancarkan Perdana Menteri Ke-4 ketika itu yang juga merupakan Perdana Menteri terkini (Ke-7).
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1795998843866657
Lagu Wawasan 2020 oleh KRU diharamkan oleh RTM pada ketika itu kerana mengandungi perkataan ‘two zero two zero’ yang membawa kepada angka 2020.
Jika anda masih belum mendengar, bolehlah menonton di pautan bawah:
Sumber: Harian Metro
Trending now



