Harga Minyak Melonjak Naik Iran AS

Harga Minyak Melonjak Naik Susulan Serangan Iran Ke Atas Pangkalan AS Di Iraq

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Iran telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas beberapa pangkalan udara di Iraq yang menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) pada jam 3 pagi Selasa waktu tempatan.

Antara yang menjadi sasaran ialah pangkalan udara Al Asad di barat Iraq dan Irbil di sebelah utara. Serangan tersebut disahkan oleh Jabatan Pertahanan AS dalam satu kenyataan oleh Jonathan Hoffman, pembantu kepada Setiausaha Urusan Awam Pertahanan.

Harga Minyak Melonjak Naik Iran AS
Sumber: Politico

Atas serangan itu, harga minyak dilaporkan melonjak melebihi 4.5 peratus pagi ini. Penanda aras WTI melonjak sehingga 4.53 peratus kepada AS$65.54 (RM230) setong sebelum mencatatkan sedikit penurunan, selepas Iran bertindak buat kali pertama atas pembunuhan dilakukan AS ke atas komander tentera, Qasem Soleimani.

Ahli Ekonomi Oxford berkata, pembunuhan Soleimani mewakili ‘peningkatan besar dalam risiko geopolitik dan boleh membawa kepada konfrontasi langsung antara AS dan Iran’.

Malah, saham di syarikat penerbangan berpengkalan di AS juga merosot berikutan kebimbangan kenaikan harga minyak. Dianggarkan harga minyak meningkat sehingga AS$3 (RM12.30) setong.

BACA: Iran Tawar RM320 Juta Untuk Kepala Trump, Ancam Serang Rumah Putih

Sumber: Awani, BH