2020: Pelancong Disaran Tak Lawat Angkor Wat, Bali Dan Barcelona Atas Faktor-Faktor Ini

Pastinya ada di antara kita yang sudah merancang percutian untuk tahun hadapan.

Tetapi jika anda mahu melancong sebagai seorang pelancong yang beretika, ada beberapa lokasi pelancongan yang perlu anda elakkan atas beberapa faktor tertentu.

Satu laman web yang menyediakan panduan pelancongan dan pengembaraan dunia, Fodor ada menyenaraikan beberapa lokasi dunia disebabkan faktor etika, alam sekitar dan politik.

Fodor tidak menggalakkan pelancong untuk melancong di Barcelona (Sepanyol), Angkor Wat (Kemboja), Amerika Syarikat, Big Sur (California), Bali (Indonesia) dan Hanoi (Vietnam) kerana kepadatan pelancong di sana telah menjejaskan alam sekitar serta penduduk tempatan.

Lokasi Elak Lawat 2020

Ekosistem dan habitat semula jadi seperti di Florida Keys National Marine Santuary (Amerika Syarikat), Parque Nacional Arrecifes de Cozumel (Mexico), Galapagos National Park (Ecuador) dan Pulau Komodo (Indonesia) turut tersenarai sebagai lokasi yang diancam kepupusannya.

BACA: Batal Tutup Selama Setahun, Hanya Bayar AS$1,000 Untuk Masuk Pulau Komodo

Pelancong yang melancong ke negara Asia seperti Kemboja dan Thailand dinasihatkan agar tidak menunggang gajah kerana aktiviti tersebut menyebabkan gajah didera dan dipukul dengan kejam demi keuntungan hiburan pelancong.

Aktiviti menunggang gajah di Angkor Wat dihentikan serta merta bermula tahun 2020. Langkah ini dianggap sebagai satu…

Posted by ODISI on Sunday, November 17, 2019

Atas faktor keselamatan, pelancong tidak digalakkan untuk mendaki puncak Matterhorn (Switzerland) kerana pernah berlakunya tragedi meragut nyawa melibatkan lapan individu.

Di Mexico dan Amerika Tengah pula, pelancong dinasihatkan agar berhati-hati dalam pengambilan alkohol disebabkan kes maut akibat daripada keracunan methanol.

Sumber: Projek MM

Ada yang pernah main permainan video ini?

SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.