McGregor Kembali Beraksi

Kembali Beraksi Januari Ini, McGregor Bangga Tayang ‘Badan Baru’ Di Instagram

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Benda yang paling tak seronok kalau nak travel dengan kapal terbang ialah bila jadual penerbangan pesawat terpaksa ditangguhkan atau delay.

Lebih-lebih lagi kalau makan masa selama berjam-jam. Memang ‘bersapau’ orang Perak kata.

Tapi seorang juruterbang pesawat Mesa Airlines, Kapten Matthew ada cara tersendiri dalam memohon maaf di atas penangguhan perjalanan iaitu dengan belanja semua penumpang makan burger.

Juruterbang belanja Burger
Sumber: CDN

Beliau memesan 70 biji burger dari restoran berhampiran sebagai permohonan maaf kerana penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tulsa ditangguhkan selama dua jam setengah.

Walaupun gaji kakitangan penerbangan tersebut hanya dikira semasa pesawat terbang di udara, layanan mesra dan kerjasama kepada para penumpang masih lagi sama seperti berada dalam waktu bekerja.

Turut mendapat pujian daripada CEO Mesa Airlines, perbuatan Kapten Matthew membuktikan bahawa ‘Mesa Airlines sentiasa bersedia melayan pelanggan mereka dengan khidmat yang terbaik’.

Sumber: The Independent

Banyak yang tanpa sedar kita buat.

6 Masakan Menjadi Racun Apabila Dipanaskan Semula

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.