Cold Storage Petaling Jaya Tutup Operasi

Pasar Raya Cold Storage Secara Rasmi Henti Operasi Hari Ini

Hampir tiga dekad menjalankan operasi di Malaysia, pasar raya Cold Storage mengumumkan cawangan tertua mereka di Seksyen 14, Petaling Jaya akan menghentikan operasi mereka secara rasminya pada hari ini.

Penutupan ini merupakan sebahagian daripada pelan penyusunan semula perniagaan GCH Retail (M) Sdn Bhd yang juga merupakan pengendali kepada rangkaian pasar raya Giant, Mercato, Jason’s Food Hall, dan Guardian.

Cold Storage Petaling Jaya Tutup Operasi 1

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu penutupan operasi ini juga termasuk dalam perancangan untuk memenuhi kehendak pelanggan dan keperluan untuk terus berdaya saing dalam pasaran.

Dalam kerjasama dengan Syarikat Pesaka Antah Sdn Bhd, GCH kini sedang mengembangkan rangkaian kedai serbaneka ShopSmart yang sudah dibuka sebanyak enam cawangan di Malaysia.

Sehingga kini, sebanyak 37 buah premis Giant telah diperbaharui konsepnya agar tampil lebih segar, dan menutup 13 premis (Giant dan Cold Storage) daripada jumlah keseluruhan 147 buah cawangan di seluruh negara.

Sumber: Malaysia Gazette, The Star