Harga Emas Dijangka Naik 2020

Harga Emas Dijangka Naik Tahun 2020

Syarikat barangan kemas, Poh Kong Holdings Bhd menjangkakan harga emas berada dalam aliran meningkat tahun depan untuk mencecah antara AS$1,600 hingga AS$1,700 seauns berbanding AS$1,500 seauns secara purata tahun ini.

Ketidaktentuan yang berlaku pada masa ini membuatkan emas dilihat sebagai aset selamat menjadikan harga lebih tinggi dan ia memberi sesuatu yang positif bagi syarikat barangan kemas, menurut Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan, Datuk Choon Yee Seiong.

Pihaknya menyasar permintaan terhadap produk berkaitan emas akan kekal berdaya tahan, memandangkan ketidaktentuan global akan mendorong pengguna mengubah portfolio pelaburan mereka daripada ekuiti kepada emas.

Harga Emas Dijangka Naik 2020

Bagi tempoh setahun, harga emas meningkat daripada paras terendah secara purata AS$1,199.98 seauns pada 9 November 2018 kepada paras tertinggi AS$1,552 seauns pada 8 November 2019.

Poh Kong kini mempunyai 94 outlet. Di samping itu, Poh Kong turut menggiatkan lagi usaha digital menerusi penambahan saluran dalam talian yang kini meliputi Lazada, PrestoMall, Shopee dan Superbuy.

Sumber: BH