Ulama Uighur Terbunuh Dalam Tahanan

Ini Kisah Ulama Uighur Yang Meninggal Akibat Diseksa Semasa Dalam Tahanan China

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam kalangan etnik Uigur, Muhammad Salih Hajim merupakan salah seorang agamawan yang dihormati serta dikenali masyarakat.

Awal Januari lalu, etnik Uighur telah dikejutkan dengan berita kematian beliau. Yang menyedihkan, ulama berusia 82 tahun meninggal dunia ketika berada dalam tahanan tentera China.

Menurut kenyataan daripada Projek Hak Asasi Manusia Uighur (UHRP), Muhammad Salih meninggal dunia selepas 40 hari ditahan di wilayah Xinjiang Urumqi bersama anak perempuan dan saudara maranya.

Keadaan sebenar kematiannya tidak diketahui malah pegawai polis di Urumqi Ghalibiyet Police Station kepada RFA’s Uyghur Service turut tidak pasti tempoh masa sebenar beliau meninggal dunia.

Ozil Selar Kekejaman Kepada Etnik Uighur 2

Berita kematian Muhammad Salih sangat menyedihkan keseluruhan masyarakat Uighur kerana statusnya sebagai pemimpin agama dan ilmuan yang disegani.

Berita penindasan kerajaan dan tentera China pada etnik Uighur sudah mula tersebar luas ke seluruh negara bermula dengan keberanian Mesut Ozil menyelar mereka.

BACA: PBB Arah China Tutup Kem Tahanan Uighur Atau Acara Sukan Olimpik 2022 Akan Dibatalkan

Malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga sudah mula mengarahkan China untuk menutup kem tahanan yang didakwa sebagai pusat pendidikan sekiranya tidak mahu pencalonan sebagai tuan rumah sukan Olimpik musim sejuk 2022.

Sumber: RFA