Wanita Buta Beli Rumah Secara Tunai

Cacat Penglihatan Bukan Penghalang Wanita Ini Capai Impian Beli Rumah Secara Tunai

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setiap orang pasti ada impian untuk memiliki rumah sendiri.

Impian bukan hanya perlu jadi sekadar impian.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Esah Hussin, 42 tahun membuktikan bahawa walaupun tergolong dalam kategori golongan kurang upaya, beliau tetap mampu memiliki impian dan mampu merealisasikannya.

Mengimpikan mahu memiliki rumah sendiri, Esah akhirnya berjaya memiliki rumah apartmen kos sederhana rendah berharga RM72,500 dengan cara pembelian secara tunai!

Beliau yang memiliki masalah penglihatan sejak kecil mula menyimpan duit sejak 19 tahun lalu memberitahu pendapatan yang diperoleh daripada bekerja sebagai seorang pekerja telemarketer dan penyusun fail, pastinya akan beliau simpan sebanyak RM500.

Hanya menggunakan elaun daripada Elaun Pekerja Kurang Upaya (EPC) sebanyak RM300 sebulan (tahun 2016 dinaikkan kepada RM400), Esah turut bekerja sambilan sebagai penyanyi bagi memenuhi impiannya.

Borang permohonan hilang.

Hasil daripada sikap jimat cermatnya, beliau kini mampu memiliki rumah yang terletak di Tanjung Tokong, Georgetown yang sudah dimohon sejak 2014.

Namun kerana tersalah letak, borang tersebut hilang dan beliau terpaksa mendaftar semula pada tahun 2016 dan dipanggil untuk proses pengundian yang berakhir dengan kemanisan apabila menerima kunci rumah pada April lalu.

Wanita Buta Beli Rumah Secara Tunai 1

Kisah hidup tidak indah seperti insan lain.

Kisah hidup Esah bukanlah sentiasa manis. Ibu bapa beliau tinggalkan beliau di sebuah rumah anak yatim di Kelantan sejak dari kecil.

Kemudian beliau dipindahkan ke Johor Bahru untuk belajar di Sekolah Pendidikan Khas Princess Elizabeth dan kemudiannya menyambung pengajian sekolah menengah di Setapak, Kuala Lumpur.

Selepas tamat pengajian sekolah menengah, beliau diperkenalkan dengan rumah St Nicholas yang mengajar beliau mengenai kemahiran asas kehidupan seperti kemahiran hidup, kemahiran komunikasi serta teknologi maklumat.

Wanita Buta Beli Rumah Secara Tunai 2

Daripada situ lah Esah bertemu dengan seorang jurulatih yang memberikan perubahan kepada misi beliau iaitu untuk menyimpan bagi kegunaan masa hadapan.

Tidak mahu bergantung kepada bantuan orang lain, Esah gembira dengan apa yang beliau kecapi kini dan berharap agar mereka yang senasib dengannya dapat hidup berdikari.

Semoga kisah Esah ini juga dapat dijadikan sebagai motivasi kepada kita semua.

Sumber: The Star