PBB Arah Batalkan Olimpik Musim Sejuk 2022

PBB Arah China Tutup Kem Tahanan Uighur Atau Acara Sukan Olimpik 2022 Akan Dibatalkan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kekejaman China terhadap etnik Uighur semakin hari semakin rancak diperkatakan. Dengan bantuan media sosial dan rangkaian internet, dunia semakin membuka mata dengan penindasan yang berlaku kepada etnik ini.

Boikot Olimpik Musim Sejuk 2022 3

Antara bintang dunia yang berani bersuara menyelar kekejaman China adalah Mesut Ozil dan Maher Zain. Tindakan berani Ozil telah menyebabkan beliau menerima kecaman hebat oleh rakyat China kerana dikatakan sebagai menyebarkan berita palsu.

BACA: China Batal Siaran Langsung Arsenal Gara-Gara Ozil Sentuh Isu Kekejaman Terhadap Uighur

Susulan dengan tindakan pembersihan etnik ini, sebuah kumpulan aktivis telah menganjurkan kempen memboikot sukan Olimpik Musim Sejuk China yang akan bermula pada 14 Februari tahun hadapan.

Ozil Selar Kekejaman Kepada Etnik Uighur 2

Mendengar suara dunia dan mendapat gesaan daripada kumpulan No Right, No Games (NRNG), Irade Kashgary, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengambil keputusan mengarahkan China untuk menutup kem tahanan yang menempatkan sebahagian besar etnik Uighur.

BACA: Penghapusan Etnik Uighur: Gerakan Aktivis Mula Boikot Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 China

Sekiranya enggan, China berkemungkinan besar akan berdepan dengan tindakan pembatalan sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di China oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan akan dipindakan ke negara lain.

Malah Presiden IOC, Thomas Bach juga menyatakan ketegasan dan memandang serius mengenai isu penindasan etnik Uighur ini.

China Musnahkan Kubur Etnik Uighur 1

Sehingga kini, kerajaan China masih lagi mempertahankan tindakan mereka dan menafikan ianya adalah salah kerana bagi mereka kem tahanan tersebut bukanlah seperti yang didakwa media dan orang ramai, sebaliknya hanyalah berfungsi sebagai pusat pendidikan.

Sumber: Vice