Donald Trump Dipecat

Dewan Perwakilan AS Undi Pecat Trump Kerana Salah Guna Kuasa Sebagai Presiden

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Presiden Republikan Donald Trump kemungkinan menjadi pemimpin ketiga Amerika Syarikat (AS) dalam sejarah dipecat Dewan Perwakilan, sekali gus menetapkan perbicaraan di Senat yang akan menentukan sama ada beliau akan kekal di Rumah Putih atau tidak.

Trump berdepan dua pendakwaan iaitu penyalahgunaan kuasa dan menghalang Kongres. Kertas pendakwaan akan dihantar ke Senat, untuk dibicara.

Presiden AS itu menafikan salah laku dan menuduh Demokrat melakukan cubaan tidak berasas serta bermotif politik menyingkirkan beliau.

Terkini, sejumlah 229 undi tidak percaya diperoleh di Dewan Perwakilan berbanding 198, sekali gus membolehkan Presiden Donald Trump didakwa atas kesalahan menghalang Kongres.

Siasatan pemecatan itu berkisar kepada tindakan Trump yang berulang kali meminta Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky membuka kertas siasatan terhadap calon Parti Demokrat Joe Biden dan anak lelakinya, Hunter serta dakwaan bahawa Ukraine adalah negara yang campur tangan dalam pilihan raya presiden AS pada 2016, bukannya Rusia.

Turut menjadi isu ialah penangguhan bantuan ketenteraan sebanyak US$400 juta kepada Ukraine di peringkat kongres dan sama ada Trump telah memberi syarat untuk meluluskan bantuan itu serta kemungkinan terdapat mesyuarat Pejabat Oval dengan Zelensky berhubung tindakan presiden Ukraine itu yang mengumumkan siasatan tersebut (terhadap Biden dan anaknya) secara terbuka.

Donald Trump Dipecat
Sumber: Wonderopolis

Bagaimanapun, Rumah Putih berkata proses pemecatan itu sebagai ‘palsu’ dan satu episod politik paling memalukan dalam sejarah negara.

“Tanpa menerima satu undi daripada Parti Republikan dan tanpa memberikan sebarang bukti mengenai salah laku itu, Demokrat terus berusaha mengetengahkan artikel yang dianggap tidak sah berhubung dakwaan terhadap Presiden melalui Dewan Perwakilan,” kata jurucakap Stephanie Grisham.

Dengan lulusnya kedua-dua artikel di Dewan yang dikuasai Demokrat, ia kemudian akan diserahkan kepada Senat untuk perbicaraan, di mana Parti Republik dijangka membebaskan presiden daripada kesalahan salah laku. Majoriti dua pertiga diperlukan untuk memecat Trump.

Sebelum ini, hanya dua bekas Presiden AS, Andrew Johnson dan Bill Clinton pernah berdepan perbicaraan Senat.

Sumber: Bernama, BH