
Kuat Kuasa Gaji Minimum RM1,200 Di 57 Bandar Utama Bermula Jan 2020 – Kerajaan
Isu gaji tak akan pernah lekang daripada menerima persoalan dan kritikan daripada rakyat.
BACA: Malaysia Terkeluar Dari Senarai 10 Negara Dengan Kadar Kenaikan Gaji Tertinggi Dunia
Terbaharu, Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan kenyataan bermula 1 Januari, 57 bandar di Malaysia akan melaksanakan perintah gaji minimum seperti yang akan diwartakan dalam masa terdekat.
Kenyataan ini dilakukan susulan daripada pembentangan Belanjawan 2020 dan keputusan Jemaah Menteri pada 6 Disember lalu.
Mengikut Seksyen 2 Akta Kerja 1955 (Akta 265), Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) iaitu di mana-mana tempat kerja dijalankan untuk majikan oleh pekerja akan melaksanakan gaji minimum RM1,200 sebulan di wilayah bandar utama dan RM1,100 sebulan selain dari wilayah bandar utama mengikut lokasi kerja yang ditakrifkan.
BACA: Gaji Minimum RM1,200 Di Lembah Klang Jauh Dari Cukup – Pakar Ekonomi
Menurut sumber, kadar gaji minimum mengikut jam dan hari serta pekerja yang dibayar mengikut upah kerja, perjalanan, komisen, tan dan tugasan akan diperincikan dalam perintah gaji minimum yang baharu.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1612208615579015
Perintah gaji minimum ini dikekalkan penguatkuasaanya kepada semua pekerja sektor swasta kecuali perkhidmatan domestik seperti dalam perintah gaji minimum 2018.
BACA: Kenaikan Gaji Minimum Hanya Burukkan Keadaan, Isu Kos Sara Hidup Masih Juga Tak Selesai
Bandar raya utama yang terbabit ialah Johor Bahru, Iskandar Puteri, Alor Setar, Melaka Bersejarah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Ipoh, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Terengganu, Kuching Utara, Kuching Selatan, Miri, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur, manakala bandar utama ialah Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Segamat, Pasir Gudang, Kulim, Sungai Petani, Langkawi, Kubang Pasu serta Kota Bharu.
BACA: Siswazah Terima Gaji Paling Tinggi Di Kuala Lumpur – Jabatan Perangkaan
Turut tersenarai ialah bandar Alor Gajah, Jasin, Hang Tuah Jaya, Seremban, Nilai, Port Dickson, Jempol, Kuantan, Temerloh, Bentong, Manjung, Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Kangar, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Selayang, Subang Jaya, Sepang, Kemaman, Dungun, Padawan, Sibu, Kota Samarahan, Bintulu, Sandakan, Tawau, Labuan dan Putrajaya.
Sejajar dengan target untuk mencapai gaji minimum RM1,500 sebulan dalam tempoh lima tahun pertama pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, kadar gaji minimum ini akan terus disemak supaya bersesuaian dengan keperluan semasa.
Kalau rasa mahukan gaji besar, anda boleh cuba dua pekerjaan ini:
Syarikat Ini Tawar Jawatan ‘Tukang Hidu Ketiak’ Dengan Gaji RM8.9 Juta Setahun
Syarikat Ini Tawar Gaji RM5,834 Untuk Tugasan Tidur Selama 9 Jam Setiap Hari
Sumber: Bernama
Trending now



