Instagram Halang Vape Dan Rokok

‘Influencer’ Dihalang Promosi Vape Dan Rokok Di Instagram

Setelah Facebook menghalang pengiklanan terus produk-produk berkaitan rokok dan vape melalui platform pengiklanan mereka, turut menambah akan menghalang pempengaruh media sosial (influencer) daripada berkongsi mempromosi vape, rokok dan senjata.

Ia termaktub melalui ciri Branded Content, iaitu platform yang memudahkan sesuatu perkongsian dilabelkan sebagai berbayar. Perubahan baharu dalam corak pengiklanan ini akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Instagram Halang Vape Dan Rokok

Langkah baharu oleh pihak Facebook ini membolehkan mereka mengawal produk yang dipromosi influencer melalui platform ini bagi mengelak mereka mempromosikan produk-produk berbahaya.

BACA: Instagram Bakal Sekat Iklan Promosi Turun Berat Badan, Kosmetik

BACA: Facebook Dan Instagram Haramkan Emoji ‘Tidak Senonoh’

Sumber: Amanz