Ryan Kaji YouTuber Paling Banyak Dibayar 2019 2

Ryan Kaji, Kanak-Kanak 8 Tahun Yang Paling Lumayan Dibayar YouTube Pada 2019

Walaupun baru berusia lapan tahun (2019), Ryan Kaji telah mencipta jenamanya sendiri di laman YouTube dengan mempunyai pengikut seramai 22.9 juta.

Menerusi akaun YouTube Ryan’s World (sebelum ini dikenali dengan nama Ryan ToysReview), Ryan memulakan kariernya di usia empat tahun (2015) dengan niat hanya mahu berkongsi cerita mengenai permainan kegemarannya.

Ryan Kaji YouTuber Paling Banyak Dibayar 2019 1

Siapa sangka, perkongsian pertama iaitu mengenai permainan Lego merupakan permulaan kepada populariti bintang cilik tersebut.

Bukan sahaja memaparkan kisah beliau bersama permainannya, tetapi dalam rancangan ini juga Ryan akan bercerita mengenai pendidikan secara asas dalam bentuk video yang menarik selain daripada makanan kegemarannya.

Sebagai contoh yang terbaru daripada beliau adalah bagaimana mahu membiakkan bakteria dalam eksperimen sains sendiri.

Disebabkan sering mendapat jumlah tontonan yang tinggi, Ryan diiktiraf sebagai bintang paling tinggi dibayar YouTube dengan nilai pendapatan sepanjang 2019 ialah USD26 juta (RM107.6 juta).

Malah beliau turut diiktiraf sebagai bintang paling tinggi dibayar YouTube pada tahun lalu dengan pendapatan sebanyak USD22 juta.

Ryan Kaji YouTuber Paling Banyak Dibayar 2019

Menurut Networth, daripada YouTube Ryan sudah boleh memperoleh pendapatan sekitar USD45,700 hingga USD2.3 juta sebulan, belum lagi termasuk dengan bayaran beberapa jenama yang menggunakan beliau sebagai duta produk.

https://www.instagram.com/p/B0teKdSnGYG/

Melalui analisa laman web Social Blade, tontonan rancangan yang berjaya Ryan kumpul setakat ini ialah hampir melebihi jumlah 35 bilion dan sehingga kini, kesemua videonya tidak pernah mendapat tontonan kurang daripada sejuta.

Walaupun hidup mewah dengan pendapatan yang diperoleh daripada laman YouTube, Ryan tetap menjalani kehidupan seperti seorang kanak-kanak biasa.

Sumber: Forbes, Wikipedia, MalayMail