Cermin Mata Ikonik John Lennon Dibida Dengan Nilai Lebih RM800 Ribu 1

Walaupun Patah, Cermin Mata Ikonik John Lennon Tetap Berjaya Dilelong Dengan Harga RM827,000

Sepasang cermin mata hitam yang pernah dipakai oleh bekas ahli kumpulan The Beatles, John Lennon dilaporkan berjaya dilelong dengan harga sekitar 137,500 Euro dalam satu lelongan dalam talian di London.

Diangkat sebagai cermin mata paling terkenal ketika zaman¬†rock ‘n roll, cermin mata ikonik John Lennon itu berjaya dilelong kepada seorang pembida dalam talian yang tidak dikenali identitinya walaupun sebelah bingkainya sudah patah dan satu daripada cerminnya tercabut.

https://www.instagram.com/p/B6D69vCho-z/

Cermin mata dengan bingkai emas dan bercermin bulat itu dijual oleh Alan Herring, pemandu kepada pemain drum Ringo Starr dan George Harrison.

Dalam surat yang disertakan bersama, Herring yang mula bekerja untuk The Beatles’ pada 1967 memberitahu Lennon tertinggal cermin mata itu di kerusi belakang kereta yang dipandu beliau.

Cermin Mata Ikonik John Lennon Dibida Dengan Nilai Lebih RM800 Ribu

Apabila beliau bertanya kepada Lennon sama ada mahu dibaiki atau tidak cermin mata tersebut, kata Lennon tidak mengapa kerana cermin mata tersebut hanyalah dipakai sekadar untuk tujuan fesyen.

Sumber: Independent