Ozil Selar Kekejaman Kepada Etnik Uighur 3

China Batal Siaran Langsung Arsenal Gara-Gara Ozil Sentuh Isu Kekejaman Terhadap Uighur

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bintang Arsenal berketurunan Turki, Mesut Ozil beberapa hari lalu menyelar kekejaman yang dilakukan oleh warga China kepada etnik Uighur.

BACA: Tulang Bertaburan, Kubur Diratakan: Ini Nasib Perkuburan Etnik Uighur

Malah beliau turut mengkritik negara Muslim kerana gagal bersuara menyatakan bantahan terhadap kekejaman tersebut di laman Twitternya.

Ozil Selar Kekejaman Kepada Etnik Uighur

Ozil Selar Kekejaman Kepada Etnik Uighur 1

Antara yang disentuh Ozil ialah kejadian Al-Quran dibakar, masjid ditutup, ulama dibunuh, sekolah Muslim diharamkan serta penghantaran orang-orang Islam secara paksa ke kem latihan vokasional.

Gara-gara ketegasannya bersuara membela nasib etnik Uighur, stesyen penyiaran kerajaan China, CCTV telah menarik balik penyiaran aksi Liga Premier antara Arsenal dan Manchester secara langsung di siaran sukan.

Jadual perlawanan yang sudah diterbitkan terlebih dahulu di akaun rasmi Weibo liga itu kemudiannya digantikan dengan perlawanan yang dirakam antara Tottenham dan Wolverhampton Wonderes.

Ozil Selar Kekejaman Kepada Etnik Uighur 4

Ozil yang menyifatkan etnik Uighur sebagai pejuang yang menentang penganiayaan dalam dua keping ciapan gambar dalam bahasa Turki yang bertajuk ‘East Turkistan: Bleeding Wound of Islamic Ummah‘ kira-kira dua hari sebelum Arsenal beraksi di dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.

Susulan itu, Arsenal sudah mengeluarkan kenyataan di akaun rasmi Weibo kelab mereka bahawa pendirian kelab tidak mempunyai kaitan dengan pendirian peribadi Ozil, namun masih tidak dapat memuaskan hati rakyat China kerana dianggap sebagai menyebarkan berita palsu.

BACA: Lagi Pihak Berkuasa Roboh Masjid Di China

Untuk pengetahuan anda, krisis Muslim Uighur adalah jauh lebih teruk daripada apa yang anda sangkakan. Sehinggakan kerajaan China mencipta satu teknologi yang dipasang di seluruh negara agar ianya boleh mengenal pasti wajah-wajah etnik Uighur yang berada di sana dan kemudiannya mereka akan ditangkap.

Ozil Selar Kekejaman Kepada Etnik Uighur 2

Walaupun banyak kali menafikan dan cuba menutup kekejaman mereka dengan beberapa alasan seperti ianya adalah sebagai satu langkah mengurangkan kehadiran pengganas, siri pembersihan etnik ini dipercayai disebabkan oleh kedudukan Xinjiang yang strategik dan kaya dengan sumber minyak selain daripada menjadi lokasi penyebaran agama Islam terbesar di China.

Sumber: Al Jazeera