Harga Jualan Apple Mac Pro

Apple Mac Pro Dengan Konfigurasi Paling Tinggi Boleh Mencecah Lebih RM233,707.80

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bermula hari ini, Apple Mac Pro sudah boleh dibeli oleh pengguna Malaysia dengan harga permulaan sebanyak RM25,999 untuk konfigurasi paling asas.

Manakala sekiranya anda mahukan konfigurasi paling tinggi, harga yang paling murah boleh anda dapati ialah RM233,7070.80.

Harga Jualan Apple Mac Pro 1

Harga tersebut perlu anda bayar sekiranya anda memilih pemproses 2.5GHz Intel Xeon W 28-teras, memori 1.5TB DDR4 ECC RAM, storan 4TB SSD, dua GPU Radeon Pro Vega II Duo 32GB HDM2, kad Apple Afterburner, roda untuk kerangka aluminium, Magic Mouse 2, Magic TrackPad 2, perisian Final Cut Pro X dan Logic Pro X.

Harga Jualan Apple Mac Pro 2

Dan harga ini tidak termasuk dengan skrin Pro Display XDR yang boleh anda beli bermula RM19,999.

Untuk info lanjut, anda boleh layari Apple Malaysia.

Sumber: Amanz, Apple Malaysia