Seni Silat Malaysi Diiktiraf UNESCO

Seni Silat Malaysia Terima Pengiktirafan UNESCO

Seni mempertahankan diri iaitu silat berjaya disenaraikan di bawah kategori Representative List of the Intagible Cultural Heritage of Humanity oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pengiktirafan yang diputuskan oleh 24 ahli jawatankuasa yang bermesyuarat terdiri daripada negara-negara anggota yang dipilih semasa sidang ke-14 Intergovernmental Committee for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage yang berlangsung di Bogota, Colombia bermula dari 9 hingga 14 Disember.

Pengiktirafan hari ini merupakan usaha pencalonan yang dihantar pada UNESCO pada 30 Mac 2018 yang mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan Persekutuan dan negeri.

Seni Silat Malaysi Diiktiraf UNESCO 1

Pengiktirafan ini merupakan yang ketiga selepas Dondang Sayang dalam kategori yang sama pada persidangan sesi ke-13 di Port Louis, Mauritius pada tahun 2018.

Manakala Mak Yong merupakan yang pertama diiktiraf dalam Masterpieces of the Oral and Intangible Cultural Heritage of Humanity (Originally Proclaimed 2005) semasa persidangan sesi ke-3 jawatankuasa itu di Istanbul, Turki pada tahun 2008.

Dengan adanya pengiktirafan tersebut, ianya akan mengukuhkan lagi hubungan jaringan dengan kebanyakan negara anggota yang secara langsung akan membantu memudahkan Malaysia mengangkat lebih banyak pencalonan warisan kebudayaan tidak ketara di masa akan datang.

Malah seni silat ini diperkukuhkan lagi kedudukannya di mata dunia dengan pengiktirafan seni pencak silat dari Indonesia oleh UNESCO.

Di Malaysia, seni silat akan diperluaskan sebagai aktiviti kokurikulum secara berperingkat di sekolah manakala di universiti, ianya dicadangkan sebagai subjek pilihan dengan sistem kredit yang boleh dipindahkan.

Sumber: Mirage News, Sinar Harian, Berita Harian