Ip Man 4 Filem Terakhir Donnie Yen

Donnie Yen Kini Di Malaysia Untuk Promosi Filem Ip Man 4: The Finale

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pelakon popular Hong Kong, Donnie Yen kini sudah tiba di Malaysia untuk mempromosikan filem Ip Man 4: The Finale. Filem ini merupakan filem kung fu terakhir beliau dan keputusan ini dibuat untuk memberi ruang kepada pelakon pelapis yang lebih muda.

Bagaimanapun, ini tidak bermaksud Donnie Yen akan berundur dalam dunia lakonan. Hanya berhenti untuk berlakon dalam filem kung fu sahaja.

Menerusi filem ini, pasti akan meninggalkan kesan kepada penonton kerana ia akan menyaksikan ikatan emosi antara hubungan pelajar-guru yang kuat antara Ip Man dan Bruce Lee, yang mana ia tidak terlalu fokus dalam tiga filem sebelumnya.

Ip Man 4 Filem Terakhir Donnie Yen

Turut hadir untuk sesi bertemu peminat ialah pelakon Denny Chan yang memegang peranan sebagai Bruce Lee, penerbit Raymond Wong dan penulis skrip Edmond Wong pada 11 dan 12 Disember ini.

Pada malam ini untuk sesi bertemu peminat di Oval Concourse, 1 Utama Shopping Centre pada 7 malam serta MBO The Starling, Petaling Jaya pada 8.30 malam.

Ip Man 4: The Finale akan melanda seluruh pawagam Malaysia pada 20 Disember 2019 ini.

https://www.youtube.com/watch?v=YeYi9G8x-38