Tuntut Hutang Di Mahkamah 1

Dengan Caj RM20, Anda Boleh Heret Penghutang ‘Liat’ Ke Mahkamah

Isu penghutang-pemberi hutang ini bukanlah sesuatu isu yang baru dalam kalangan masyrakat.

Sebelum berhutang, bukan main manis mulut meminta bantuan, namun selepas dapat, si penghutang seakan menjadi raja apabila yang dipinjam terpaksa merayu-rayu memohon untuk dibayar semula amaun yang dipinjam.

Tuntut Hutang Di Mahkamah 2

Selepas ini, sekiranya ada yang liat mahu bayar hutang anda, ikut cara ini: HERET TERUS KE MAHKAMAH!

Melalui perkongsian Doc Ensem di Penang Kini, beliau berkongsikan cara paling mudah untuk si penghutang membayar hutang yang dipinjam dengan hanya perlu membayar caj RM20 di Mahkamah Sivil.

Namun amaun yang dipinjam mestilah RM5,000 ke bawah sahaja.

  1. Pergi ke Mahkamah Sivil, bayar RM20 untuk membuka fail tuntutan kecil. Beritahu tuntutan kepada siapa dan fakta penghutang.
  2. Mahkamah akan menghantar surat panggilan untuk pendengaran di hadapan hakim. Sekiranya defenden (penghutang) mengaku bersalah meminjam tetapi tidak membayar, mahkamah akan beri arahan untuk melakukan bayaran segera.
  3. Tempoh masa 30 hari diberi, dan jika penghutang masih tidak membayar, plaintif (pemberi hutang) boleh ke mahkamah semula dan kali ini hukuman lebih berat akan dikenakan; sama ada bayar on the spot atau waran tangkap akan dikeluarkan untuk ditahan.

Memang berkesan. Jadi jika anda ada ‘rakan’ yang terlalu liat membayar hutang, bolehlah segera ke Mahkamah Sivil berdekatan bagi membuka fail.

Tuntut Hutang Di Mahkamah

Dah susah sangat nak bayarkan, ini habuannya. Pesanan buat yang berhutang: DAH HUTANG BAYARLAH!

Sumber: Penang Kini