Tesco tamat Operasi Malaysia 1

Tesco Umum Kemungkinan Pengunduran Perniagaan Daripada Pasaran Asia

Memasuki ulang tahun ke-100, Tesco mengisyaratkan pengunduran diri daripada pasaran Asia yang berkemungkinan besar menyaksikan penjualan operasi di Thailand dan Malaysia.

Memasuki pelan pemulihan yang lebih berfokus pada pasaran United Kingdom (UK), Ketua Eksekutif, Dave Lewis turut memberitahu perletakan jawatan beliau pada musim panas akan datang selepas mengumumkan pemulihan Tesco selesai.

Memulakan semakan semula pilihan strategik bagi perniagaan di Thailand dan Malaysia, mereka memberitahu kemungkinan perniagaan berkenaan akan dijual, namun kesemuanya masih dalam semakan peringkat awal.

Tesco tamat Operasi Malaysia

Mengendalikan 1,967 cawangan di Thailand dan 74 di Malaysia, dalam tempoh enam bulan sehingga 24 Ogos, perniagaan keduanya telah menjana 2.6 bilion pound naik 1% pada kadar pertukaran tetap dengan keuntungan operasi sebanyak 171 juta pound (meningkat 42.3%).

Walaupun pada Jun lalu, Tesco memberitahu mereka berada dalam kedudukan yang baik untuk berkembang di Asia terutamanya Thailand, di bawah Lewis tumpuan pelaburan diberikan pada operasi UK yang mana hampir empat bilion pound telah dibelanjakan bagi mengambil alih pemborong Booker tahun lalu.

Pada tahun 2015 pula, Tesco menjual operasi di Korea Selatan kepada kumpulan yang diketuai syarikat ekuiti swasta MBK Partners pada pertimbangan tunai USD6.1 bilion.

Setahun kemudian, Tesco menjual operasi di Kipa, Turki kepada Migros, rantaian pasar raya terbesar di negara berkenaan.

Sumber: Harian Metro, Reuters

Lagenda tiada ganti.

P. RAMLEE : Seniman Tanah Air Tiada Ganti

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.