Selamat Guna Telefon Bimbit Ketika Ribut Petir

Guna Telefon Bimbit Ketika Ribut Petir Lebih Selamat Berbanding Telefon Wayar

Musim peralihan monsun ketika ini menyaksikan kilat dan ribut petir dikebanyakan kawasan terutamanya di kawasan tadahan hujan seperti Malaysia.

Sejak dahulu lagi, kita diingatkan supaya tidak menggunakan telefon bimbit lebih-lebih lagi jika keadaan diluar ribut petir dengan kilat sambar-menyambar yang boleh membawa maut.

Bagaimanapun, menurut Jabatan Meteorolgi Malaysia (MetMalaysia) bahawa penggunaan telefon bimbit ketika ribut petir sebenarnya selamat jika dibandingkan dengan penggunaan telefon yang disambung dengan kabel telefon dalam sesebuah bangunan.

Ini disebabkan telefon yang disambung dengan kabel telefon mampu bertindak sebagai konduktor cas elektrik serta memungkinkannya disambar petir.

Meskipun begitu, kebarangkalian telefon bimbit disambar kilat juga boleh berlaku sekiranya telefon bimbit sedang dicas dengan wajar pengecas (ada plak) dan digunakan semasa kejadian ribut petir.

Selamat Guna Telefon Bimbit Ketika Ribut Petir
Sumber: NST

Berdasarkan kajian MetMalaysia, terdapat kira-kira 16 juta ribut petir berlaku setiap tahun di seluruh dunia dan situasi di Malaysia, bagi tempoh 10 tahun iaitu antara 2008 hingga Ogos 2019, sebanyak 132 kes kematian direkodkan akibat terkena panahan kilat.

Daripada jumlah itu, pantai barat Malaysia merekodkan kematian tertinggi dengan 89 mangsa, diikuti Pantai Timur 22 mangsa dan Sabah dan Sarawak sebanyak 21 mangsa.

Antara ciri-ciri kawasan yang cenderung disambar kilat adalah disebabkan faktor ketinggian (objek yang tinggi lebih cenderung dipanah) serta aktiviti yang dijalankan ketika ribut petir berlaku.

Sekiranya anda berhadapan dengan mangsa yang disambar petir, segera hubungi talian kecemasan dan laporkan kepada pihak berkuasa dan hospital.

Sumber: Bernama