Arkeologi Temui Tapak Rumah Agam Kerajaan Rom 6

Penemuan Timbunan Rangka Dua Kelas Sosial Di Rumah Agam Rom Purba Mengelirukan Arkeologi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jumaat lalu, media luar negara gempar dengan laporan penemuan baharu ahli arkeologi yang menjumpai rumah agam kerajaan kuno Rom di bawah sistem pengangkutan Metro di Itali.

Rumah yang dipercayai sudah berusia 2,000 tahun ini telah membawa kepada pembongkaran amalan dan aktiviti perdagangan serta pembinaan kerajaan tersebut.

Arkeologi Temui Tapak Rumah Agam Kerajaan Rom 1

Penemuan ini dikira sebagai salah satu kejutan besar dalam dunia arkeologi kerana lokasinya yang berada di bawah jalan raya sibuk ibu kota Itali dalam keadaan yang sangat baik; kira-kira 1,000 batu dari Rom.

Tapak ini pada awalnya dijumpai semasa proses penggalian untuk membina sistem Metro Rom antara 2014 hingga 2016.

Arkeologi Temui Tapak Rumah Agam Kerajaan Rom 3

Di dalam rumah agam bertingkat itu, kumpulan arkeologi turut menemui puluhan rangka manusia yang dihiasi dengan barangan kemas di tubuh di kawasn tingkat bawah (basement).

Arkeologi Temui Tapak Rumah Agam Kerajaan Rom 2

Menambahkan lagi kekeliruan pada kumpulan arkeologi ialah penemuan rangka tersebut dalam dua kumpulan manusia, yang mana satunya bersama barangan kemas mewah dan satu lagi tanpa barangan kemas.

Ada yang memberikan andaian bahawa keduanya melambangkan pergaduhan kelas sosial yang berbeza sehingga membawa kepada pertelegahan pendapat dalam kalangan ahli arkeologi bahawa ianya adalah lokasi jenayah berlaku.

Sumber: Express.co, Wikipedia

Lihat bulatan merah.

Harold Scary Stories To Tell In The Dark ‘Bernyawa’ Dirakam CCTV

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.