Projek Kereta Terbang Malaysia 3

Tun M Minta Rakyat Betulkan Persepsi Istilah ‘Kereta Terbang’ Pada Projek Dron

Pada akhir Mac lalu, ‘kereta terbang’ pertama yang dibangunkan oleh Aerodune telah diperlihatkan di acara LIMA 2019 dan dijangka akan diterbangkan pada Oktober lalu.

Namun disebabkan tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), ujian penerbangan UAS E-Hang 216 tidak jadi ‘diterbangkan’ dan dikatakan bakal diterbangkan pada penghujung 2019.

Disebabkan rupa ‘kereta terbang’ tersebut hampir sama dengan helikopter yang membezakannya ialah kipas ‘kereta terbang’ ini berada di posisi bawah dan bukannya atas, ‘kereta terbang’ Malaysia menjadi bahan jenaka dan ditroll¬†netizen.

 

Malah kontroversi yang terpalit juga mendakwa ‘kereta terbang’ ini adalah model yang dibeli dari China.

Dalam satu temu bual, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu agar rakyat membetulkan persepsi bahawa istilah ‘kereta terbang’ yang digunakan adalah tidak tepat.

Kata beliau, kerajaan tidak memaksa mana-mana pihak untuk menerima idea pembangunan terbabit dan sentiasa terbuka terhadap semua cadangan atau kritikan yang dilontarkan pada projek dron yang dijalankan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan itu.

Semalam semasa membahaskan ucapan dasar Presiden di Konvensyen Nasional Amanah 2019, wakil Amanah Pahang, Mohd Fadzil Mohd Ramly mendakwa projek ‘kereta terbang’ adalah projek paling tidak guna dan memalukan yang menyebabkan pimpinan peringkat ketika ini sangat malu bagi mempertahankannya daripada disoal dan dikritik orang ramai.

kereta terbang Malaysia Vector
Sumber: Amanz

Semasa awal pengenalan ‘kereta terbang’ kepada umum, Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan yusof pernah mengeluarkan kenyataan mereka yang memperlekehkan konsep ‘kereta terbang’ boleh memilih untuk kekal ketinggalan zaman dan menaiki kereta buluh.

Sumber: Astro Awani, MStar, Harian Metro

Betul ke Emilia Clarke menyanyi dalam filem Last Christmas?

LAST CHRISTMAS | Emilia Clarke Boleh Menyanyi?

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.