Pembuat Filem India Minta Rogol Dibenarkan

Pembuat Filem Ini Cadang Kerajaan India ‘Halalkan’ Jenayah R*gol

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dua wanita dir*gol dan dibakar dalam dua kejadian berasingan di India baru-baru ini membuktikan jenayah itu tidak menunjukkan tanda berkurangan walaupun hukuman keras diperkenalkan di negara itu. Kejadian itu mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di New Delhi serta bandar lain.

Melihat kejadian yang sungguh menyayat hati itu, seorang pembuat filem India telah mencentuskan kontroversi selepas mengeluarkan kenyataan bahawa wanita perlu bekerjasama dengan perogol dengan membawa kondom.

Pembuat Filem India Minta Rogol Dibenarkan
Sumber: Berita Harian

Daniel Shravan membuat kenyataan itu dalam media sosial selepas kejadian mangsa r*gol iaitu seorang doktor haiwan dibunuh sebelum mayatnya dibakar di Hyderabad.

Antara kenyataan Daniel yang mencetuskan kontroversi berkata r*gol bukan perkara yang serius dan mencadangkann kerajaan membenarkan jenayah itu tanpa keganasan (r*gol tanpa dibunuh). Alasannya, wanita tidak akan dibunuh jika memenuhi keinginan s*ks pemangsa.

Beliau juga menambah, wanita India yag berusia 18 tahun ke atas harus dididik tentang r*gol dengan mengetahui keinginan pemangsa.

“Jika anda diperkosa, berikan kondom kepada perogol dan bekerjasama dengannya. Dengan cara itu dia tidak akan cuba untuk membahayakan anda,” tulisnya.

Pembuat Filem India Minta Rogol Dibenarkan
Sumber: Daily Mail

Katanya, wanita yang mempertahankan diri menggunakan semburan lada menakutkan perogol. Dia juga tidak berpuas hati dengan undang-undang r*gol (Akta Nirbhaya) kerana ia tidak dapat mengawal r*gol sama seperti bagaimana membunuh Osama bin Laden tidak akan menghentikan keganasan.

Bagaimanapun, netizen telah meminta pembuat filem itu ditangkap dan turut menyatakan kebimbangan terhadap kaum wanita di India. Menurut Daily Mail, komen pembuat filem berkenaan telah dipadam.

Sumber: The Sun Daily, Harian Metro