Grab Indonesia Ambil Tindakan Prank Ojol 1

Tular Budaya ‘Prank Ojol’, Grab Indonesia Ambil Tindakan Tegas Pada YouTuber Biadap

Di Indonesia, budaya prank yang dikenali dengan nama prank ojol nampaknya semakin menjadi-jadi.

Menjadikan pekerja penghantar perkhidmatan makanan, GrabFood sebagai mangsa, kebanyakan budaya prank ini dimulai oleh mereka yang berpengaruh di laman media sosial sama ada seperti Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube.

Grab Indonesia Ambil Tindakan Prank Ojol

Sedar dengan ‘kekejaman’ dan ‘tidak berhati perut’ mereka kepada pekerja perkhidmatan makanan ini, Grab Indonesia mengambil langkah pangawasan dengan mengenakan tindakan kepada mereka yang melakukan prank tersebut.

Antara langkah pengawasan yang akan dilakukan oleh GrabFood ialah memerhatikan aktiviti pengguna dan mengambil tindakan sperti menyah aktif serta menyekat akaun mereka daripada beroperasi sekiranya terbukti mereka melakukan pesanan palsu.

Tindakan tidak beradab sesetengah pengguna pada pekerja GrabFood bukan sahaja menimbulkan kemarahan di media sosial tetapi secara tidak langsung menyakiti perasaan pekerja yang terlibat.

Grab Indonesia Ambil Tindakan Prank Ojol 2

Nama prank ojol ini diasaskan daripada perkataan ojek online yang mana pemangsa yang melakukan prank akan memesan makanan dalam amaun yang banyak kemudiannya membatalkannya di saat pekerja sudah menghampiri lokasi penghantaran.

Akibatnya, pekerja terpaksa menanggung kos tersebut kerana kaedah pembayaran yang digunakan adalah secara tunai.

Manakala pemangsa akan merakamkan reaksi pekerja berkenaan sebelum memuat turun di laman media sosial mereka untuk tontonan umum.

Antara video prank ojol yang mendapat tontonan ramai ialah:

Malah disebabkan budaya prank ojol ini semakin menular, pekerja GrabFood meminta rakyat di sana agar menghentikan perbuatan ini dengan kempen #SayNoToPrank.

https://www.youtube.com/watch?v=8VOUKmPJJmA

Sumber: CNN Indonesia