Trailer No Time To Die

Daniel Craig Kembali Beraksi Dalam ‘James Bond 007: No Time To Die’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setelah mengumumkan judul baharu bagi siri ke-25 James Bond, kini telah dilancarkan trailer penuh di Youtube.

Filem perisik ini bakal menyaksikan kemunculan semula Daniel Craig selaku Ejen 007 buat kali kelima dan terakhir dalam francais tersebut. Filem ini mengisahkan tentang Bond tinggalkan kariernya sementara sebagai perisik untuk menjalani kehidupan biasa di Jamaica. Bagaimanapun, kehidupan tenang yang diinginkan itu hanyalah sementara apabila teman lamanya Felix Leiter dari CIA muncul meminta pertolongan.

Trailer No Time To Die

Misinya pada kali ini untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik, menjurus Bond untuk menjejak penjahat misteri yang bersenjata teknologi berbahaya.

No Time To Die juga turut dibintangi oleh Dali Benssalah, Billy Magnussen, Ana De Arma, Lashana Lynch dan Rami Malek yang memegang karakter jahat manakala Ralph Fiennes dan Ben Whishaw akan kembali dengan masing-masing membawa watak M dan Q. Filem ini diarahkan Cary Joji Fukunaga.

No Time To Die dijadual tayangan pada April 2020, tonton dahulu trailernya yang penuh dengan aksi di sini.