
Tak Puas Hati Dihalau Dari Saf Pertama, Kanak-Kanak Ini Tekad Hantar Surat Tegur Pengerusi Surau
Berbeza dengan negara lain, tabiat melarang kanak-kanak berada di saf pertama semasa solat berjemaah di masjid atau surau Malaysia seolah-olah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat.
Menurut Majlis Ulama Isma (MUIS), kanak-kanak yang belum berkhatan dibenarkan untuk solat berjemaah dalam satu saf dengan orang yang telah berkhatan kerana ianya tidaklah termasuk dalam perkara yang membatalkan solat mahu pun mengurangkan pahala solat berjemaat atau memutuskan saf jemaah.
Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang kanak-kanak lelaki yang menjadi mangsa kepada situasi ini secara beraninya mengutus surat kepada pengerusi surau kerana ‘menghalau’ beliau daripada berada di saf hadapan surau.
Masih menggunakan bahasa yang sopan, kanak-kanak yang dikenali sebagai Nadzrul Zarfan menyatakan ketidaksetujuan beliau dengan tindakan pengerusi surau kerana merasakan kanak-kanak turut mempunyai hak untuk duduk di hadapan.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=109513900250083&set=a.109513923583414&type=3&permPage=1
Surat yang ditulis pada 2017 ketika berusia lapan tahun itu kembali tular apabila dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @hafizisaari semalam.
Tampil menjelaskan keadaan sebenar, ibu Nadzrul Zarfan memberitahu sejak surat berkenaan diserahkan kepada pihak masjid, beliau tidak lagi dihalau daripada menduduki saf di hadapan.
Terima kasih di atas sokongan semua. Surat ini ditulis oleh anak saya, Nadzrul Zarfan pada tahun 2017 semasa umur dia 8 tahun. Surat ini telah diserahkan kepada pihak masjid yang berkenaan pada 2017 dan selepas kejadian itu, dia tidak lagi dihalau untuk solat di saf belakang.
— Nadzrul Zarfan (@Nadzrul_Zarfan) December 4, 2019
Harapnya, dengan perkongsian ini, pihak berkuasa masjid atau pun orang dewasa sudahlah tidak lagi mempunyai pendapat bahawa kanak-kanak tidak layak untuk berada di saf hadapan.
Tahniah Nadzrul kerana berani menyuarakan pendapat. Semoga beliau menjadi inspirasi anak-anak muda yang lain untuk terus memeriahkan masjid.
Dalam banyak-banyak filem kolaborasi dual agenda ini mana yang kalian paling suka.
Kolaborasi Robert De Niro & Martin Scorsese
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



