Tonton Trailer Black Widow

Tonton Trailer Rasmi Pertama ‘Black Widow’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kini tiba masanya untuk Scarlett Johansson sebagai Black Widow beraksi.

Kembali semula pada tahun 2010, Iron Man 2 memperkenalkan watak ejen wanita berambut merah yang bernama Natasha Romanoff dan selepas itu beliau menjadi ahli Avengers. Pengorbanan Black Widow demi menyelamatkan alam semesta dengan terkorbannya beliau akhirnya terubat apabila trailer pertama dilacarkan Marvel Studios.

Menerusi trailer ini, Marvel memaparkan pengembaraan solo Natasha selepas peristiwa Captain America: Civil War. Turut dilihat Natasha sedang bergelut dengan masa lalunya serta pertemuannya dengan Yelena.

Tonton Trailer Black Widow

Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland manakala skrip ditulis oleh Jac Schaeffer dan Ned Benson. Turut dibantu pelakon Florence Pugh sebagai Yelena Belova, David Harbour sebagai Alexei Shostakov serta Rachel Weisz.

Tonton trailer dahulu sebelum ditayangkan pada 1 Mei 2020.