Ulasan Filem Last Christmas 1

Ulasan Filem: Last Christmas

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang pelancong warga Perancis telah ditangkap selepas didakwa menerbangkan dron berdekatan bangunan Parlimen Myanmar. Dia bakal berhadapan dengan hukuman penjara 3 tahun dibawah undang-undang penerbangan dron.

Pelancong itu yang dikenali sebagai Arthur Desclaux, 27 bakal dikenakan hukuman kerana membawa dron secara haram dan menerbangkannya di kawasan larangan. Gambar pasportnya telah disebarkan di seluruh media berita Burma untuk dikenal pasti.

dipenjara terbangkan dron
Sumber: NY Times

Tindakan tegas kerajaan Myanmar terhadap penggunaan pesawat tanpa pemandu itu menunjukkan bahawa pengunjung terutama pelancong dari luar negara tidak boleh sewenangnya melakukan perbuatan tersebut. Penggunaan dron telah dilarang di sebahagian daerah seperti di Yangon dan banda raya terbesar Myanmar; berhampiran kawasan istana di Mandalay.

Juga tidak boleh diterbangkan di kawasan berhampiran lapangan terbang, atas kawasan tumpuan orang ramai atau berhampiran kawasan persendirian tanpa izin. Melihat keadaan ini, ramai yang menyarankan peraturan larangan penggunaan dron perlu diwar-warkan kepada pelancong yang mungkin tidak menyedari tentang hal itu.

Lebih mudah, kawasan lapangan terbang sesuatu negara yang mengadakan larangan penggunaan dron, perlu mengiklannya di sekitar lapangan terbang supaya para pelancong terbaca dan berjaga tentang amaran itu.

Dikatakan, terdapat papan tanda kecil di pintu masuk ke Parlimen Myanmar yang mungkin pelancong terbabit salah erti kerana ditulis ‘penggunaan drone dilarang’ dalam bahasa Burma tetapi perkataan dron sahaja yang menggunakan bahasa Inggeris.

Penggunaan dron telah menyebabkan kekacauan di laluan udara sejak belakangan ini. Pada bulan Disember, lebih daripada 1,000 pesawat terpaksa dibatalkan atau dialihkan dari Lapangan Terbang Gatwick berhampiran London selepas dilaporkan dron terbang berhampiran kawasan landasan.

Di Thailand, pemilik dron yang gagal mendaftarkan peralatan mereka dan membawa masuk ke Thailand bakal didenda 100,000 baht (RM12,400) atau berdepan hukuman maksimum 5 tahun penjara.

Manakala di Malaysia juga, penggunaan dron telah diperketatkan di kawasan terbuka. Mereka yang disabitkan kesalahan menerbangkan dron di kawasan yang dilarang boleh disaman sehingga RM100,000, dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan ataupun kedua-duanya sekali.

Sumber: NY Times

Peminat Anime, jika pergi ke Jepun jangan lupa ke

7 tempat wajib singgah oleh peminat anime di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/908961606161283/