Sukan SEA 2019 Keadaan Lokasi FIlipina 4

Sukan SEA 2019: Filipina Dikritik Hebat Berikutan Isu Kemudahan Dan ‘Venue’ Serba Daif

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak dari hari pertama kontinjen pelbagai negara tiba di Manila bagi meraikan Sukan SEA 2019, sudah terdengar pelbagai keluhan daripada mereka.

Bermula daripada ketibaan di lapangan terbang yang terpaksa menunggu sehingga berjam-jam lamanya hinggalah kepada keadaan kemudahan yang serba kekurangan, semuanya menjadi isu.

Terbaharu, keadaan bilik media di Stadium Memorial Rizal, Manila menjadi tular kerana keadaannya yang serba kekurangan; hanya menyediakan kerusi plastik dan beberapa buah meja lipat.

Sukan SEA 2019 Keadaan Lokasi FIlipina

Malah beberapa keping gambar atlet terpaksa tidur di atas lantai dan menjalani latihan di jalanan gara-gara kekurangan yang dialami tuan rumah.

Bukan itu sahaja, kontinjen negara yang hadir terpaksa berdepan dengan masalah kemudahan lain. Antara yang paling ketara ialah alatan sukan yang bersawang, pertukaran lokasi di saat akhir, lokasi perlawanan masih dalam proses penyelenggaraan, logistik serta kemudahan internet.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1286644084853839&id=835040096680909

Malah lima jam sebelum acara bola sepak lelaki yang membabitkan Malaysia dan Myanmar di Stadium Memorial Rizal pada 25 November lalu, lokasi tersebut masih lagi sedang dibaik pulih sama ada di luar mahupun di dalam stadium.

Lokasi acara floorball di Gimnasium Universiti Filipina juga terlihat daif dan sangat usang dengan keadaan peralatan yang bersawang serta tiang bumbung berkarat.

Walaupun pembukaan Sukan SEA akan berlangsung pada Sabtu ini, beberapa acara yang membabitkan sukan berpasukan seperti bola sepak, floorball, bola jaring dan polo sudah bermula sejak 24 November lalu.

Malah semalam tular berita mengenai atlet Muslim Singapura yang dihidangkan dengan daging khinzir daripada media South China Morning Post, namun ianya kemudian dinafikan oleh pihak Pertubuhan Olimpik Singapura (SNOC) sebagai tidak benar.

Meskipun pihak penganjur iaitu Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Tenggara Filipina (PHISGOC) telah melakukan permohonan maaf, keadaan ini tidak boleh diterima ramai kerana ini bukanlah kali pertama Filipina dipilih sebagai tuan rumah bagi acara Sukan SEA (1981,1991, 2005).

Sumber: Harian Metro, Mothership

Kemunculan Stan Lee dalam filem MCU pastinya dirindui.

STAN LEE – MCU Cameo (2008-2019)

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.