Khazanah Jual Pelaburan Alibaba

Khazanah Jual Tujuh Aset Pelaburan, Termasuk Dalam Alibaba

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Media antarabangsa Reuters melaporkan syarikat pelaburan negara, Khazanah Nasional Bhd telah menjual kepentingan dalam tujuh firma asing termasuk Alibaba Group Holding Ltd bernilai kira-kira RM5.66 bilion (AS$ 1.36 bilion) dalam tempoh 16 bulan pertama Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

Antara aset yang dijual selain syarikat gergasi Alibaba termasuklah BDO Unibank Inc di Filipina, syarikat teknologi India Infosys Ltd, peruncit fesyen di London, Farfetch dan syarikat perternakan ayam daging, PT Charoen Pokphand Indonesia Tbk.

Menurut sumber, Khazanah yang rugi kali pertama sejak satu dekad lalu pada tahun lepas berhadapan tekanan untuk mengumpul dana bagi kerajaan sekarang untuk menanggung hutang.

Syarikat pelaburan negara telah menjual bahagian kepentingannya dalam Alibaba bernilai RM2.23 bilion. Tidak jelas berapa besar sahamnya di dalam Alibaba, tetapi jumlah pelaburan luar negaranya adalah sekitar 14 peratus daripada jumlah pegangannya.

Khazanah Jual Pelaburan Alibaba
Sumber: Bolteraho

“Melihat Khazanah tidak mendapat apa-apa suntikan dana dari sumber luaran untuk pelaburannya, hasil pelupusan (saham) adalah sumber utama bagi pelaburan baru,” kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali dalam jawapan parlimen bertulis pada Selasa lalu.

Khazanah mengumumkan rancangan pada awal tahun ini untuk menyumbang lebih banyak dana kepada kerajaan dengan mencantas kepentingan aset bukan strategik dan membendung kehadirannya di syarikat luar pesisir.

Disebabkan kemerosotan lebih tinggi dan pendapatan dividen yang lebih rendah, Khazanah mencatat kerugian sebanyak RM6.3 bilion tahun lepas. Nilai aset yang boleh dijadikan nyata dalam portfolio Khazanah turun 13 peratus kepada RM136 bilion pada tahun lalu.

Khazanah mahu menambah empat kali ganda pelaburan asingnya sebanyak 60 peratus ke 70 peratus daripada jumlah portfolio pelaburannya sepanjang dekad akan datang dan seterusnya untuk mengurangkan terdedah kepada risiko dalam negeri.

Sumber: Reuters