Mekanik OKU Drifter 4

Bergelar ‘Drifter’, Mekanik OKU Ini Miliki Bakat Luar Biasa Hebat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bergelar orang kurang upaya (OKU) bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan. Banyak kisah golongan ini boleh dijadikan motivasi kepada kita, individu normal dalam menjalani kehidupan seharian.

Contohnya, kisah daripada seorang lelaki yang lebih dikenali sebagai Pak Busu yang tular beberapa hari lalu di laman Facebook.

Mekanik OKU Drifter 2

Kudung kedua belah tangan dan kaki tidak menjadi penghalang untuk beliau bekerja sebagai mekanik di bengkel miliknya, IM Auto Garage di Melaka.

Melalui satu hantaran di Facebook miliknya, Pak Busu meluahkan rasa baru-baru ini bengkelnya kekurangan pelanggan. Apabila diselidik, ada pelanggan yang merasa kasihan kepada beliau kerana terpaksa melakukan kerja dengan keadaan sedemikian.

Mekanik OKU Drifter

Kata Pak Busu, pelanggan tidak sepatutnya merasa kasihan pada beliau kerana ianya memang tanggungjawabnya, tetapi sepatutnya merasa kasihan pada keluarga beliau yang akan menanggung kesan kepada kekurangan pelanggan.

Dengan pendapatannya di bengkel, itulah yang akan dibuat untuk menyara perbelanjaan harian keluarganya, perbelanjaan sekolah anaknya, pembyaran sewa rumah, bil api, bil elektrik dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, Pak Busu bukanlah seorang yang ‘kaleng-kaleng’. Mempunyai bakat dan minat dalam bidang¬†drifting, keadaan fizikal tidak mengjadi penghalang untuk beliau ceburi apa yang diminatinya.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2628781040546876&set=a.783482758410056&type=3

https://www.facebook.com/pak.busu.3/videos/2504321822992799/

Tidak hanya menyediakan perkhidmatan membaiki kenderaan, Pak Busu juga menawarkan pelbagai khidmat lain seperti menjual sport rim, mengecat sport rim dan sebagainya.

Untuk anda yang mahu menghantar kenderaan ke bengkel Pak Busu, bolehlah menghubungi beliau di talian: 012-2195235.

Sumber: Pak Busu

Betul ke Emilia Clarke menyanyi dalam filem Last Christmas?

LAST CHRISTMAS | Emilia Clarke Boleh Menyanyi?

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.