Pelan Internet Elon Musk

Elon Musk Tawar Pelan Internet Paling Murah Dan Laju Ke Seluruh Dunia Menjelang 2020

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menjelang pertengahan tahun 2020, pelan Internet Satelit Space-X (Starlink) milik Elon Musk dijangkakan bakal dilancarkan.

Bermula November 2019, Starlink merancang untuk melancarkan antara enam ke lapan buah satelit ke angkasa bagi memastikan pada tahun 2020 syarikatnya boleh menyediakan perkhidmatan internet meliputi seluruh Amerika Syarikat.

Masih meneliti sebanyak mana caj yang akan dikenakan kepada pengguna, SpaceX telah memasang sebuah terminal Starlink di rumah Elon Musk. Malah sejak Mei lagi, SpaceX telah mengjantar 60 buah satelit pertama mereka bagi menyokong insfrastruktur rangkaian internet tersebut.

Pelan Internet Elon Musk 1

SpaceX juga merancang untuk melaksana lebih 24 satelit bagi memastikan mereka mempunyai satelit yang cukup di orbit bagi membolehkan capaian liputan intenet secara global.

Dengan satelit jenis orbit-rendah yang akan terbang sekitar 550 kilometer dari atas permukaan bumi, Starlink mampu menawarkan kepada pelanggan khidmat jalur lebar berkelajuan tinggi pada kadar berpatutan iaitu sehingga 1 Gpbs antara 25 hingga 35 milisaat di seluruh dunia.

Dapat bayangkan apa yang akan berlaku jika pelan ini dilancarkan di Malaysia?

Sumber: My Two Cents, Space.com

 

Kemunculan Stan Lee dalam filem MCU pastinya dirindui.

STAN LEE – MCU Cameo (2008-2019)

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.