Perak Guna Tik Tok Promosi Pelancongan

Tourism Perak Akan Guna Aplikasi Tik Tok Promosi Destinasi Pelancongan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menggunakan aplikasi media sosial sebagai strategi mempromosi pelancongan bukanlah suatu perkara baharu dalam dunia serba moden ini. Sebelum ini, Vietnam pernah menggunakan aplikasi Tik Tok dengan menampilkan bandar Da Nang bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Strategi ini turut akan digunakan pihak Tourism Perak untuk sektor pelancongan Perak sebagai satu usaha untuk menarik kehadiran pelancong bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Perak Guna Tik Tok Promosi Pelancongan
Sumber: ITP Live

Tujuan menggunakan aplikasi ini kerana ia mendapat sambutan hangat daripada kalangan remaja generasi millenial di Asia Tenggara dan Barat serta akan menaikkan nama Perak di persada dunia.

Selain itu, Tourism Perak juga akan menghasilkan lebih banyak isi kandungan berbentuk digital untuk dipromosikan dalam pelbagai aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter berikutan ramai pelancong kini mencari maklumat melalui laman web dan media sosial.

Sumber: Bernama

Kemunculan Stan Lee dalam filem MCU pastinya dirindui.

STAN LEE – MCU Cameo (2008-2019)

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.