AS Halal Penempatan Haram Israel

AS Isytihar Sokong Penempatan Haram Israel Di Palestin

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Siapa yang pernah pergi ke Pesta Pulau Pinang, pasti kenal dengan taman tema bergerak terbesar Malaysia, Euro Fun Park. Taman tema atau fun fair bergerak ini menyajikan pelbagai permainan ekstrem dan menyeronokkan sesuai untuk semua peringkat umur.

Pada kali ini, Euro Fun Park bakal kembali menceriakan malam anda lagi-lagi apabila tiba cuti perayaan Tahun Baharu Cina di Taman Sri Gombak (bersebelahan Maybank) bermula dari 2 Februari hingga 3 Mac 2019.

Taman tema bergerak ini bakal memeriahkan anda dengan 20 jenis permainan antaranya Sky Rider, Euro Wheel, Merry Go Round, Dodgem Car, Haunted Castle dan banyak lagi. Bagi yang kaki ekstrem, bukan sejenis gayat boleh mencuba permainan yang agak mencabar seperti Vortex, Challenger, Top-gun dan Flying Chairs.

Euro Fun Park
Sumber: Flickr

Dengan lebih 50 tahun pengalaman dalam industri hiburan, taman tema bergerak ini sudah tentu akan memastikan semua struktur mekanikal dan sistem elektrik mengikut protokol keselamatan di Malaysia dan telah diperiksa oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). Jadi, jangan risau dengan keselamtan yang penting pandai kawal diri.

Euro Fun Park
Sumber: FB Euro Fun Park

Euro Fun Park akan dibuka bermula 7 malam hingga 12 tengam malam. Bagi tiket masuk pula berharga RM4.00 untuk dewasa manakala RM2.00 untuk kanak-kanak. Satu token untuk permainan berharga RM2.00.

Juga berita baik untuk anda yang sedang mencari kerja sambilan, Euro Fun Park sedang mencari pekerja sambilan untuk urusan jualan tiket.

https://www.facebook.com/467134966651319/posts/2405820779449385/

Di sini juga waktu terbaik bagi mereka yang ingin mengasah bakat dalam seni fotografi. Pasti cantik gambar yang dicurahi dengan cahaya lampu di taman teman ini.

 

Mungkin anda pernah makan makanan mahal ini? Tonton

5 Makanan Termahal Di Dunia

dan janga lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/1958289254262230/