
‘Car Seat’ Kini Jadi Ancaman Baharu Jenayah Kes Pecah Kenderaan Di Malaysia
Pasti berasa kesal apabila berusaha untuk diet, tetap gagal kan? Sebenarnya, punca kegagalan seseorang itu mahu berdiet kerana selalu bergantung dengan keinginan.
Mesti pernah dalam kalangan anda yang hilang keinginan diet, akan mula berazam, “Mulai esok, aku nak diet” tetapi hasilnya tetap juga tidak melakukan diet seperti yang diazamkan.
Daripada memaksa diri untuk berdiet, boleh cuba tip ini untuk tetapkan minda anda supaya makan dalam saiz hidangan seperti biasa tetapi lebih sihat.
1. Letak makanan sihat di ruangan peti ais yang mudah dilihat dan dicapai

Kita akan cenderung mengambil makanan yang senang dilihat dan mudah dicapai di depan mata. Ia disebabkan kita lebih mudah membuat keputusan dengan apa yang kita lihat. Jadi, cuba guna tip ini dengan meletakkan makanan sihat seperti buah-buahan di tempat yang mudah dilihat.
2. Guna pinggan lebih ringan

Jika menggunakan pinggan berat, anda tidak akan sedar seberapa makanan yang anda ambil. Jadi, dengan menggunakan pinggan lebih ringan, mudah untuk merasakan berat makanan dan sedar setakat mana kita boleh makan dalam sehari.
Nak mudah, guna pinggan pakai buang tapi jangan pula hidang depan tetamu dengan pinggan jenis ini.
3. Guna saiz pinggan lebih kecil

Selain menggunakan pinggan yang ringan, pilih pinggan diameternya lebih kecil. Makan dalam pinggan besar akan membuatkan anda meletakkan makanan lebih banyak untuk memenuhi semua ruangan.
Cara terbaik, gunakan pinggan kecil untuk kita ketahui saiz hidangan yang mencukupi. Jangan pula lepas tu tambah lagi sepinggan. Tak jadilah diet jika begitu.
4. Potong makanan dalam beberapa bahagian

Makanan yang sudah dipotong dalam beberapa bahagian akan kelihatan lebih banyak berbanding yang belum dipotong. Ia akan kelihatan makanan jadi banyak padahal sedikit sahaja.
5. Jangan makan sambil tonton TV

Semakin banyak gangguan, semakin banyak kita makan. Contohnya, anda menonton filem berdurasi 2 jam setengah, dan bercadang menonton filem sambil makan.
Biasanya kita makan paling cepat pun dalam setengah jam. Makanan sudah habis, tetapi filem belum tamat, anda sambung makan lagi. Jadinya, sangat-sangat dilarang bagi anda yang mahu berdiet, makan sambil menonton televisyen.
6. Jangan belanja ketika lapar

Ini perkara paling penting bagi anda yang mahu mengawal gaya pemakanan. Sebelum berbelanja untuk keperluan harian, pastikan perut anda kenyang.
Membeli-belah ketika anda lapar akan membuatkan keinginan anda memilih makanan yang menangandungi banyak gula dan kalori. Ya, masa laparlah macam-macam anda teringin nak makan, akhirnya istilah diet dalam kamus hidup anda lesap begitu sahaja.
Cuba guna tip-tip yang diberikan ini. Paling penting, tanam azam untuk keluar daripada gaya pemakanan biasa anda apabila mula untuk berdiet. Selain menjaga pemakanan, juga perlu bersenam untuk kekal sihat.
Sumber: IDN Times
Trending now



