
Bakal Berkuat Kuasa Jan 2020, NGO Nasihat Ibu Bapa Elak Guna Kerusi Kanak-Kanak Terpakai
Umum sedia maklum, penggunaan keselamatan kerusi kanak-kanak (CRS) telah dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2020 demi memastikan dan mengelakkan kanak-kanak mengalami kecederaan serius atau pun kematian sekiranya berlaku kemalangan.
Walaupun ramai yang pada mulanya agak membantah kerana harga kerusi kanak-kanak atau dikenali sebagai car seat mencecah ratusan ringgit, namun perkongsian daripada seorang wanita, Wana Abas yang mengikuti taklimat garis panduan kerusi keselamatan kanak-kanak oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
Akta Keselamatan Kerusi Kanak-Kanak sama macam peraturan memakai topi keledar.
Kenapa kena gunakan kerusi kanak-kanak?
Bagaimana dengan yang tak mampu? Adakah ini agenda nak menguntungkan penjual?
Anak mengamuk tak nak duduk dalam kerusi khas mereka.
Kesimpulannya, jangan sudah terhantuk baru nak terngadah.
Berikutan penguatkuasaan undang-undang ini, konsultan keselamatan penumpang kanak-kanak, May Hwong dari Childline Foundation menasihati ibu bapa agar tidak membeli kerusi keselamatan kanak-kanak yang telah digunakan atau terpakai bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Ini kerana kebanyakan kerusi keselamatan kanak-kanak hanya boleh digunakan dalam tempoh enam hingga lapan tahun dari tarikh pembuatan kerana kesan cahaya UV boleh mengurangkan ketahanannya.
Mengikut statistik data yang dikeluarkan Miros, dalam tempoh masa 10 tahun bermula 2007 hingga 2017, seramai 1,559 orang kanak-kanak bawah 10 tahun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Di Malaysia undang-undang kerajaan mewajibkan bayi baru lahir hingga tinggi kurang 135cm untuk menggunakan kerusi keselamatan anak-anak kerana tali pinggang keselamatan yang dicipta tidak bersesuaian untuk mereka.
May turut mencadangkan agar ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil yang ramai agar menaiki pengangkutan awam untuk pulang ke kampung demi keselamatan anak-anak/
Sumber: FMT
Trivia terminator.
Trivia Terminator
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



