
Minta Kerajaan Tapis Kandungan Netflix, Ini Respon ‘Win’ Netizen Untuk FINAS
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS (Perbadanan Kemajuan FIlem Nasional Malaysia), Ahmad Idham Nadzri memberitahu pihak mereka telah menyuarakan usul kepada kerajaan agar menapis kandungan program yang disiarkan di platform penstriman Netflix.
Ini kerana FINAS memandang serius isu tersebut kerana isi kandungan yang tidak dipantau boleh memberikan kesan negatif kepada pelanggan sekiranya tidak dipantau. Pernah menyuarakan kebimbangannya, Ahmad Idham memberitahu tiada tindakan susulan selepas aduan dilakukan.
“Walaupun penapisannya bukan di bawah bidang kuasa Finas tetapi kita serius mengenai hal ini kerana kandungannya boleh memberi kesan negatif jika tidak dipantau.”
“Kita mengambil pendekatan untuk mengawal kandungan filem dan rancangan televisyen tempatan tetapi di peringkat antarabangsa masih lagi terbuka.”
Walaupun cadangan yang diusulkan beliau disertakan dengan niat yang baik, namun rata-rata daripada pelanggan Netflix tidak bersetuju dengan pandangan beliau terutamanya apabila Netflix sudah menyediakan pilihan untuk kawalan ibu bapa yang membantu ibu bapa mengawal tontonan anak-anak.
Netflix dah ada parential guide nak tapis apa? Takpun suh Netflix je tunjuk ajar cara nak setting parential control
Sikit² nak tapis. Bayar rm51/ month bukan nak tengok benda kena tapis.— Hasib (JOM TONTON PREBET SAPU) (@_muhammadhasib) November 16, 2019
FINAS sepatutnya tapis filem tempatan sampah dahulu. Pencuri Hati Mr Cinderella contohnya…
— 𝘿𝙚𝙚 (@contradee) November 17, 2019
https://twitter.com/pearl_sharon/status/1195920454633971713
Company Netflix tu besar ada seluruh negara and tak payah nak menyibuk suruh finas tapis bagai.Baik kau fokus cara nak suruh industri perfileman berkembang dari terus menghasilkan filem sampah² cth film rempit,minat rempit dan segala berkaitan…😒😒😒😒😒😒😒😒
— kentangakarumbi (@Nadyy18) November 17, 2019
Empat langkah mudah tapis kandungan di Netflix…
Dear Kerajaan,
Jangan dengar cakap FINAS. Netflix tak perlu ditapis oleh kerajaan. Kita boleh settle sendiri. #JanganTapisNetflix pic.twitter.com/8wdTd2gJVA
— Fahmi Reza (@kuasasiswa) November 16, 2019
FINAS tak pernah tahu ke dekat Netflix dah ada parental control? Sibuk sabgat buat cerita entah apa apa sampai tak tahu ke macam mana? Shame on you. pic.twitter.com/S3Ezl7uNIg
— nia (@bitchexual) November 17, 2019
Tuan, saya ada cuba mencari filem 'Pencuri Hati Cinderella' dgn 'Minahmoto' tpi ternyata tiada di Netflix. Mcm ni lah, tuan boleh bagitahu kat ibu bapa tu, Netflix mempunyai mode 'Parental Control' yg membolehkan ibu bapa menapis kandungan yg hanya boleh ditonton anak2.
— Fizu (@HdinHafizuddin) November 17, 2019
Netflix bukan platform cari bahan 18 tahun ke atas.
Orang gi netflix bukan nak cari bahan 18sx.
Tapi sebab content dan pilihan movies or series yang BERKUALITI.
We paid for it.
— Tomiyapul (@epulnang) November 17, 2019
Rata-rata pelanggan Netflix tidak berpuas hati dengan cadangan beliau meminta sebelum beliau menapis kandungan filem antarabangsa adalah lebih baik beliau fokuskan dahulu mengenai kandungan ‘sampah’ filem tempatan. Malah ada yang tidak berpuas hati kerana dengan pembayaran RM51 sebulan, ianya adalah satu pembelian yang tidak adil buat pelanggan.
Trending now



