
Pengenalan Undang-Undang Ekstradisi Punca Hong Kong Bergolak Sehingga Kini
Saban hari, protes dan rusuhan yang berlaku di Hong Kong seakan tidak terlihat garis penamatnya sehingga kerajaan pusat China menyifatkannya sebagai krisis terburuk sejak penyerahannya pada tahun 1997.
Hong Kong berbeza daripada bandar-bandar China yang lain (lihat pada sejarahnya) kerana Hong Kong menjadi sebahagian dari satu negara dengan China.
Selama 50 tahun, Hong Kong mempunyai sistem yang berbeza dengan China dan menikmati tahap autonomi, miliki sistem perundangan dan sempadannya yang sendiri selain daripada memiliki kebebasan berhimpun dan bersuara yang tinggi kecuali dalam hal ehwal asing dan pertahanan.
Namun pengkritik Hong Kong mengatakan kebebasan tersebut semakin dikekang dengan penuduhan bahawa China mencampuri urusan di Hong Kong seperti ketetapan undang-undang yang menyebabkan penggubal undang-undang pro-demokrasi hilang kelayakan. Peristiwa kehilangan lima orang penjual buku Hong Kong dan jutawan yang kemudiannya didapati ditahan di China menyemarakkan lagi isu ini.
Bermula dari akhir Mac lalu, protes yang sudah disertai lebih kurang dalam satu juta orang penduduk dikenali sebagai Anti-ELAB (Gerakan Amaran Pindaan Undang-Undang Anti-Ekstradisi) menyaksikan siri protes berterusan oleh rakyat Hong Kong.
***Ekstradisi: Undang-undang pengembalian penjenayah oleh sesebuah negara ke negara tempat jenayah dilakukan atas permintaan negara tersebut supaya penjenayah dapat dibicarakan di negara berkenaan. (Kamus Dewan Edisi Ke-4)
Protes yang dicetuskan oleh pengenalan rang undang-undang Penggugat Pelarian oleh kerajaan Hong Kong yang akan membenarkan ekstradisi dari Hong Kong ke tanah besar China ini mencetuskan rasa khuatir kerana undang-undang tersebut akan menyebabkan kelemahan pada autonomi dan kebebasan sivil Hong Kong.
Mereka meletakkan lima tuntutan utama kepada kerajaan:
- Penarikan rang undang-undang,
- siasatan terhadap kekejaman dan kecurangan polisi yang dituduh,
- pembebasan penunjuk perasaan yang ditangkap,
- penarikan kembali penyaringan rasmi protes sebagai rusuhan, dan
- dagang universal sejagat; peletakan jawatan Ketua Eksekutif, Carrie Lam bersama hak pilih sejagat untuk pemilihan Majlis Perundangan dan Ketua Eksekutif Hong Kong.
Walau bagaimanapun, mereka gagal mencapai rundingan bersama kerajaan menyebabkan kumpulan protes tersebut mengganas sehingga menyebabkan pihak polis mengerahkan serangan gas pemedih mata, peluru getah dan bom air kepada mereka.
Pada 15 Jun, Lam mengisytiharkan bahawa rang undang-undang tersebut akan ‘mati’ pada tahun 2020 apabila tempoh perundangan semasa berakhir. namun enggan menarik kembali pengenalannya sehinggalah pada 23 Oktober dan enggan mengakui empat tuntutan lain menyebabkan kumpulan protes semakin marah.
Rusuhan yang semakin besar dan ganas kemudiannya menyebabkan bandar Hong Kong menjadi lumpuh; sistem pengangkutan awam termasuklah penerbangan, kedai-kedai malah operasi kerja-kerja pejabat.
BACA: Senarai Awal Protes Hong Kong 2019
Selepas 52 tahun, buat pertama kalinya perintah darurat mengikut Ordinan Peraturan Darurat dikeluarkan di Hong Kong pada 4 Oktober bagi memberikan Lam kuasa untuk membuat sebarang peraturan ketika darurat atau ancaman terhadap orang ramai bagi mencegah perusuh ganas yang bertopeng dan membantu polis dalam penguatkuasaan undang-undang selepas melihat keganasan terburuk di Hong Kong semasa sambutan 70 tahun pemerintahan Parti Komunis di China.
Yang paling terbaharu, mahasiswa universiti di Hong telah membina ‘benteng’ dalam tempoh satu malam di kampus antaranya dengan menyediakan bom petrol serta jentera ‘peluru batu’ berikutan pencerobohan pihak polis pada hari sebelumnya di sana.
https://www.facebook.com/scmp/videos/444696272900419/?q=scmp&epa=SEARCH_BOX
Awal minggu ini, masyarakat dunia dikejutkan dengan rakaman secara langsung dari Facebook yang mana memaparkan seorang penunjuk perasaan ditembak sehingga mati oleh seorang pegawai polis. Malah ada juga rakaman yang memaparkan seorang polis yang secara sengaja merempuh kumpulan pengganas dengan menggunakan motor berkuasa besar milik polis.
BREAKING: Police fired live rounds thrice in Sai Wan Ho, and reportedly hit one person.
Source: https://t.co/YJyBOfwXRv pic.twitter.com/zQjPju89w7
— Alvin Lum (@alvinllum) November 11, 2019
Pada akhir Oktober lalu, sebuah masjid di daerah Kowloon iaitu Masjid Kowloon yang menjadi pusat keagamaan penganut beragama Islam terkena simbahan cecair cat berwarna biru di kawasan pagar utama dan beberapa anak yang disasarkan oleh pihak polis kepada kumpulan tersebut.
Berikutan rasa serba salah kerana menjadi punca kepada kekotoran tersebut, kumpulan protes Hong Kong bergotong-royong membersihkan kawasan masjid. Lam turut turun menyatakan permohonan maaf beliau kepada pihak masjid.
Untuk pengetahuan anda, protes yang berlaku ini tidaklah mengejutkan kerana sebelum siri protes yang bertukar menjadi rusuhan pada tahun 2019 ini, sudah beberapa kali kejadian yang sama berlaku antaranya pada tahun 1966 selepas Syarikat Star Ferry memutuskan untuk menaikkan tambang mereka.
Manga paling laris sehingga kini.
ONE PIECE : Manga Paling Laris
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



