Gaji Pekerja Malaysia Terlalu Rendah 1

Malaysia Terkeluar Dari Senarai 10 Negara Dengan Kadar Kenaikan Gaji Tertinggi Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pada tahun 2020, pekerja Malaysia akan menyaksikan penurunan kadar kenaikan gaji yang ketara jika dibandingkan dengan tahun 2019 (2.9% – 4.0%) dengan perbezaan sebanyak 1.1%.

BACA: Kenaikan Gaji Minimum Hanya Burukkan Keadaan, Isu Kos Sara Hidup Masih Juga Tak Selesai

Kajian yang dilakukan oleh firma konsultansi global, ECA International ini menyebabkan Malaysia terkeluar daripada senarai 10 negara yang memiliki kadar kenaikan paling tinggi di peringkat global.

Belanjawan 2020 Penjawat Awam

Kata Pengarah Serantau Asia ECA International, Lee Quane, walaupun kenaikan gaji nominal kekal pada 5.0%, namun kadar inflasi yang dijangkakan naik pada tahun hadapan daripada 1.0% kepada 2.1% akan menyebabkan terjejasnya kenaikan gaji yang menjadikannya sebagai 2.9%.

BACA: Gaji Minimum RM1,200 Di Lembah Klang Jauh Dari Cukup – Pakar Ekonomi

Walaupun di Malaysia kadar kenaikan gaji dikira sebagai sudah tinggi, namun di peringkat global ianya tak mampu menandingi 10 buah negara yang tersenarai, dengan lima teratasnya diungguli negara Asia.

Peningkatan Gaji di Malaysia

India kekal sebagai teratas yang memiliki kadar kenaikan gaji paling tinggi dengan kadar 5.4%, diikuti oleh Vietnam (5.1%) dan Indonesia (4.6%). Manakala negara jiran Malaysia iaitu Singapura turut menyaksikan sedikit kejatuhan daripada kadar 3.3% kepada 3.0% bagi mengatasi inflasi pada 2020.

“Peningkatan purata gaji sebenar di kawasan Asia Pasifik dianggarkan sebanyak 3.2%, jauh lebih tinggi daripada purata global iaitu 1.4% dan hampir tiga kali daripada purata Eropah sebanyak 1.1%.

Ini adalah trend yang sudah dilihat selama bertahun-tahun disebabkan oleh inflasi yang rendah dan kadar produktiviti yang semakin meningkat di kebanyakan ekonomi Aisa menyebabkan pertumbuhan pesat dalamaspek gaji berbanding kawasan lain.” – Lee Quane

Menerusi pembentangan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan gaji minimum di kawasan bandar telah dinaikkan daripada RM1,100 kepada RM1,200 walaupun Bank Negara pada 2018 mengumumkan gaji bagi kehidupan wajar seorang dewasa bujang di Kuala Lumpur adalah RM2,700 sebulan.

Sumber: The Edge Market

 

Ada yang pernah main permainan video ini?

SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.