
Raja Permaisuri Agong Terima Anugerah Ikon Kraf 2019 Oleh Majlis Kraf Dunia
Rakyat Malaysia umumnya sedia maklum mengenai minat, bakat dan pengetahuan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam bidang kraf.
Bukan itu sahaja, baginda malah giat mempromosikan warisan kraf tradisional bermula 2006 sehingga dianugerahkan penghormatan oleh Majlis Kraf Dunia (WCC) untuk menerima Anugerah Ikon Kraf 2019.
Sinonim dengan Tenun Pahang, Tunku Azizah mencatat sejarah peribadi apabila memilih fabrik eksklusif beridentitikan Pahang sebagai persalinan Diraja pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara 30 Julai lalu.
Malah baginda turut memperjuangkan hasil tangan tradisional dan tidak menyokong tenunan mesin, songket mesin dan batik mesin kerana hasil tangan tradisional yang dihasilkan oleh negara kita begitu halus, cantik dan mengambil masa termasuklah tikar, tekat, kerikam, pasu, rotan dan baju kurung.
https://twitter.com/jihanabdullah27/status/1191613152355479552
Anugerah yang bakal disampaikan pada Majlis Anugerah Kraf Antarabangsa (ICA) ketiga di GMR Aerocitu, New Delhi pada 7 Disember depan bersempena dengan Minggu Kraf India dari 4 hingga 8 Disember ini turut menyenaraikan Institut Kraf Negara (IKN) sebagai Institut/Akademi Kraf Terbaik dan Kraf Komuniti Ku (KKK) sebagai Kampung Kraf Terbaik sebagai pemenang.
Sumber: Harian Metro
Siapa sahaja yang tak kenal genre seram dari Stephen King.
12 Filem Adaptasi Terbaik Stephen King
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



