Umat Islam Disaran Lawat Palestin 1

Ketua Imam Masjid Al-Aqsa Minta Umat Islam Jangan Berhenti Ziarah Palestin

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Masjid Al-Aqsa mempunyai sejarah panjang untuk disingkap. Tambah pula dengan konflik pemilikan yang berlaku antara orang Yahudi dan Kristian dengan orang Islam.

BACA: Israel Tukar Masjid Bersejarah Jadikan Kelab Malam

Baru-baru ini, masjid ketiga yang dianggap paling suci bagi umat Islam ini diserang oleh puak pelampau sekurang-kurangnya 448 orang penduduk haram Yahudi di bawah perlindungan tentera rejim Israel melalui pintu gerbang Ar-Rahmah bagi melakukan ritual Talmud.

Umat Islam Disaran Lawat Palestin 2

Gara-gara tindakan biadap Israel menutup gerbang itu menyebabkan lawatan umat islam ke Masjid Al-Aqsa terpaksa dihadkan bagi tujuan keselamatan dan mengurangkan sebarang bantahan.

Ketua Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar Fahmi Awadallah Al-Kiswani meminta agar umat Islam di dunia terutamanya Malaysia agar jangan berhenti menziarahi Palestin terutamanya masjid Al-Aqsa bagi merancakkan ekonomi rakyat negara tersebut.

Umat Islam Disaran Lawat Palestin
Sumber: Harian Metro

Ziarah umat Islam ke negara itu sekurangnya membantu rakyat Palestin agar tidak terus dizalimi dan tidak merasa bersendirian kerana dengan adanya pelancong, tentera zionis Israel tidak akan melakukan kekejaman berikutan kehadiran ramai orang asing sebagai saksi di sana.

Jika dahulunya ada ulama yang ‘melarang’ umat Islam berkunjung ke Palestin melainkan mereka ada sebab yang kukuh, kini ulama membenarkan demi kepentingan umat Islam di sana bagi terus membantu rakyat Palestin dan bukannya tanda sokongan program normalisasi rejim Yahudi.

Sumber: Harian Metro, Memo

 

 

Manga paling laris sehingga kini.

ONE PIECE : Manga Paling Laris

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI