Wayne Rainey Kembali Ke Litar 1

Selepas 26 Tahun, Wayne Rainey Umum ‘Kembali’ Ke Litar Lumba

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas tragedi episod kemalangan di Misano pada tahun 1993, Wayne Rainey yang disahkan lumpuh dari pinggang ke bawah mengumumkan bahawa beliau akan kembali ke litar perlumbaan.

Wayne Rainey Kembali Ke Litar

Kini merupakan Presiden MotoAmerica dan pernah bergelar juara sebanyak tiga kali dalam Pertandingan 500cc World Champion, Wayne mengumumkan acara tersebut akan dilangsungkan di Buttonwillow Raceway Park, California sempena pengumuman Yamaha bagi pengujian untuk musim 2020.

Dilaporkan memandu jentera model Yamaha YZF-R1, Wayne memberitahu jentera tersebut diciptakan khas untuk semua golongan termasuklah beliau walaupun sudah lebih dua setengah dekad ‘berehat’.

Pastinya momen ini menimbulkan seribu rasa terutamanya dalam kalangan peminatnya kerana dapat menyaksikan beliau kembali ke litar.

Tonton video penuh temu bual bersama Wayne di pautan bawah:

 

Sumber: Motorcycle, Wikipedia

Manga paling laris sehingga kini.

ONE PIECE : Manga Paling Laris

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI