Burger McDonald's 25 Tahun

Lelaki Ini Dedah Burger McDonald’s Yang Disimpan Hampir 25 Tahun Masih Elok

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai sebenarnya sudah melakukan eksperimen terhadap mennu restoran makanan segera kegemaran dunia, McDonald’s. Didapati makanan dari restoran terkemuka itu seperti burger dan kentang tetap elok dan tidak hancur walaupun sudah berhari-hari mahupun berbulan disimpannya.

Apa yang lebih mengejutkan, dua lelaki dari Australia mendakwa memiliki sebiji burger McDonald’s yang dibeli pada tahun 1995 dan disimpan dalam bangsal selama bertahun namun masih dalam keadaan baik.

Casey Dean, 39, dan Eduards Nits, 38, mendakwa mereka memesan burger Quarter Pounder bersama keju dari sebuah cawangan McDonald’s di Adelaide ketika masih remaja dan menyimpannya sejak itu.

Menurut mereka, sudah banyak kali mendedahkan perkara itu di Australia selama beberapa tahun namun menjadi tajuk muka depan sekali lagi beberapa hari selepas penstriman langsung burger keju McDonald’s berusia sedekad dipaparkan dalam bekas kaca di Iceland menjadi tular.

Salah seorang daripada mereka yang menyimpan hidangan tertua McDonald’s di Australia berkata, beliau faham mengapa sesetengah orang ragu-ragu mengenai dakwaan mereka. Namun mempertahankan pakej bungkusan, kertas lilin dan lingkaran kadbod secara tepat menunjukkan tarikh pengeluaran burger pada 1990-an.

Burger McDonald's 25 Tahun
Sumber: Mediacorp

“Ketika remaja kami memesan banyak makanan dan ia terlalu banyak. Ia bermula apabila kami berjenaka, ‘bayangkan jika kita menyimpannya selama-lamanya’ dan kini terbukti,” kata Dean.

Walaupun burger itu mengecil sedikit daripada saiz asal, bentuknya masih utuh, tiada tanda berkulat dan tidak berbau.

Seorang saintis Australia dan pakar diet terkenal, Tim Crowe mendakwa kandungan garam yang tinggi menjadikan burger McDonald’s tahan daripada mereput.

Beliau turut menambah, kandungan makanan McDonald’s tidak berbahaya dalam hal ini. Ia hanyalah disebabkan kelembapan rendah dan kandungan tinggi garam dalam makanan.

https://www.facebook.com/freetheburger/videos/1757429851233010/

Sumber: Mediacorp

 

ada yang layan Sekiro?

SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.