
Risau Siling Runtuh, Pegawai Kerajaan Terpaksa Masuk Kerja Pakai Topi Keledar
Sekumpulan pegawai kerajaan yang bekerja di bahagian elektrik di Banda, Uttar Pradesh terpaksa memakai topi keledar di pejabat gara-gara risaukan siling bangunan tempat mereka bekerja runtuh.
Siling bangunan pejabat yang agak usang itu turut ditampung hanya dengan menggunakan sebatang tiang di tengah bilik sebagai pemegang berkenaan bagi mengelakkannya runtuh.
Susulan dengan itu, mereka terpaksa memakai topi keledar kerana bimbang dengan keadaan siling yang boleh runtuh secara tiba-tiba dan tidak dijangka.
Bukan itu sahaja, pada musim hujan pekerja juga terpaksa membuka dan memakai payung di dalam pejabat berikutan air hujan yang masuk akibat daripada kebocoran bumbung.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila di pejabat tersebut hanya memiliki perabot usang dan tidak menyediakan perabot yang sesuai dan elok seperti laci atau almari bagi menyimpan segala dokumen menyebabkan ia hanya diletakkan di dalam kotak kadbod.
Tidak puas hati dengan keadaan yang sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu, ada di antara pekerja secara sinis menyuarakan pendapatnya iaitu majikan hanya akan melakukan penambahbaikan sekiranya salah seorang daripada mereka maut selepas beberapa kali aduan yang dilakukan kepada pegawai atasan tidak diendahkan.
Sumber: ANI UP, India Times
Evolusi Rambo dari 1982 hingga kini.
Evolusi Rambo 1982-2019
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



