Basikal Lajak Haram, Ibu Bapa Didenda 1

Basikal Lajak: Ibu Bapa Atau Penjaga Bakal Dipenjara 5 Tahun, Didenda RM20,000

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Isu basikal lajak mendapat perhatian ramai baru-baru ini gara-gara keputusan Mahkamah Majistret Johor Bahru melepaskan dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada dakwaan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan orang remaja.

Dibicarakan sejak 28 Mac 2017, majistret membebaskan beliau tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Dalam kemalangan tersebut, wanita tersebut telah melanggar sekumpulan remaja berbasikal di lokasi kejadian pada jam 3 pagi dan keadaan berbahaya itu disebabkan sendiri oleh kumpulan berbasikal tersebut selain daripada pencahayaan yang malap dan pokok besar di laluan berkenaan.

Basikal Lajak Haram, Ibu Bapa Didenda

Susulan dengan kejadian tersebut, banyak pihak meminta agar kerajaan mengharamkan basikal lajak. Menjawab kepada permintaan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan aktiviti basikal lajak ini memang sudah diharamkan kerana bertentangan dengan peraturan yang diperuntukkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bagi Pekida Kelantan pula, kerajaan tidak sepatutnya mengharamkan basikal lajak sebaliknya menyokong minat peminat aktiviti ini yang rata-ratanya digilai oleh golongan remaja dan kanak-kanak serta disokong dengan cara dan langkah yang sesuai.

BACA: Pekida Kelantan Minta Kerajaan Tak Haramkan Basikal Lajak, Sediakan Litar Khusus Buat Peminat

Melihat kepada bahaya yang didatangkan bersama aktiviti ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis (DCP), Datuk Azisman Alias memberitahu ibu bapa atau penjaga mereka yang terlibat dengan aktiviti basikal lajak ini boleh berdepan dengan denda tidak lebih RM20,000 serta penjara lima tahun sekiranya terbukti mengabaikan keselamatan anak-anak bawah umur.

Basikal Lajak

Tertakluk dalam Seksyen 33, Akta Kanak-Kanak, ibu bapa bertanggungjawab di atas perbuatan, tindakan dan keselamatan anak-anak mereka yang jika berjaya dibuktikan pengabaian tanggungjawab ini, maka mereka terpaksa menerima hukuman tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan.

Setakat ini, tindakan masih belum diambil kerana pihak berkuasa masih lagi mengkaji sama ada ada undang-undang lain yang boleh digunakan kepada ibu bapa dan penjaga berkenaan.

Sumber: Malaysia Gazette

Neo dan Trinity kembali bersatu untuk sekuel ke-4 The Matrix.

Neo Dan Trinity Kembali Dalam Sekuel Ke-4 ‘The Matrix’

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI