Karier Pemain Bola Tak Panjang

Tempoh Karier Tak Panjang Antara Punca Pemain Bola Sepak Sering Berhijrah Kelab

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Awal pagi ini menyaksikan perlawanan antara Everton dan Spurs. Tandukan minit kelapan masa kecederaan oleh Cenk Tosun membolehkan Everton seri 1-1 menentang Tottenham dalam perlawanan yang menyaksikan pemain tengah Everton, Andre Gomes mengalami kecedraan patah buku lali.

Gomes diusung keluar padang selepas pergelutan dengan Son Heung-min sebelum berlanggar dengan Serge Aurier. Penyerang Spurs, Heung-min diarahkan keluar padang oleh pengadil kelihatan bingung dan terkilan sebelum dipujuk ke terowong pemain manakala pemain kedua-dua pasukan itu turut terkesan dengan insiden berkenaan.

Insiden ini menyaksikan ramai peminat bola mengulas masa depan karier kedua-dua pemain tersebut yang mana mungkin karier seorang pemain bola profesional tidaklah begitu panjang lebih-lebih lagi jika mereka ditimpa musibah sebegini.

Karier Pemain Bola Tak Panjang
Sumber: BH

Seorang pengguna Facebook, Mag Malaya Ahmad berkongsi pandangan mengenai karier sebagai seorang pemain bola sepak.

Karier Pemain Bola Tak Panjang
Sumber: FB

Jika pemain bola meninggalkan kelab terdahulu untuk ke kelab baharu kerana menerima tawaran gaji lebih lumayan, ia adalah suatu tindakan rasional.

Karier Pemain Bola Tak Panjang
Sumber: FB

Menyaksikan pemain keluar masuk kelab bola sepak adalah perkara biasa terutama dalam kalangan kelab gergasi dunia. Hal ini demi memastikan pasukan mereka tidak ketandusan pemain-pemain berbakat yang mampu menjadi bintang dunia.

Katanya, Selangor melahirkan pemain muda yang berkualiti dan ia adalah satu kebanggaan. Sebagai peminat, perlu maju kehadapan untuk menjaga kebajikan pemain-pemain muda kekal dengan tawaran yang setimpal untuk karier mereka yang tidak begitu panjang.

“Kita boleh bangga dengan anak jati kita, pada masa yang sama, kita kena terima hakikat yang pemain bola juga cari makan, dan industri bola adalah satu bentuk perniagaan dan bisnes.

“Terima kasih semua pemain bola yang memberikan persembahan terbaik kepada kita di atas padang, kami akan sentiasa doakan kesihatan anda, serta karier anda dapat dipanjangkan hendakNya,” tulis Mag di Facebook.

Sumber: FB Mag Malaya Ahmad, Stadium Astro