Vape Nikotin

Modal Hanya RM5 Tapi Untung Berganda, KKM Bongkar Taktik Licik Peniaga Vape Nikotin

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Rokok elektronik atau lebih dikenali sebagi vape kini seakan sudah menjadi trend bukan sahaja dalam golongan dewasa tetapi anak-anak muda seusia sekolah rendah.

Walaupun sudah banyak amaran yang dikeluarkan termasuklah daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga penggunaan ini diharamkan di beberapa buah negara seperti New York, ramai golongan belia masih berpegang teguh bahawa rokok adalah alternatif terbaik untuk mereka yang mahu berhenti merokok.

BACA: KKM Tegaskan Tiada Bukti Vape Selamat Digunakan Bagi Rawat Ketagihan Merokok

Tidak dinafikan, penjualan vape membuka banyak peluang pekerjaan terutamanya dalam kalangan anak muda, namun sejauh mana masyarakat kita hanya mahu melihat pada nilai ekonomi sahaja dan bukannya aspek kesihatan?

Iklan vape Lucah 2

Baru-baru ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membongkar kegiatan penjualan vape yang hanya menggunakan modal RM5 sahaja, tetapi boleh mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda.

Bagaimana caranya?

Menurut KKM, hasil risikan mereka mendapati cecair vape yang mengandungi nikotin tanpa lesen telah dihasilkan di Malaysia dan dieksport ke negara luar seperti Kanada, Chile, Pakistan, Colombia, Mexico, Bulgaria, Bolivia, Paraguay dan Asia Barat.

Pihak yang tidak bertanggungjawab ini hanya perlu menyeludup masuk cecair nikotin yang menjadi ibu vape atau bahan wajib bagi menghasilkan adunan perisa vape yang masa setiap satu gelen nikoton (3.785 liter) boleh menghasilkan kira-kira 400,000 botol cecair perisa vape!

Dengan modal sekitar RM3 ke RM5, peniaga boleh meningkatkan harga berganda-ganda sekiranya dieksport ke luar negara.

Ada juga yang mencampurkan cecair nikotin dalam kuantiti yang tinggi sehingga mencecah 50mg bagi setiap botol kecil dan mampu mendatangkan kesan buruk seperti kanser, kerosakan paru-paru dan kematian mengejut.

Kematian vape

Dengan taktik menyamar sebagai kilang menghasilkan botol minuman jus asam jawa, sebuah syarikat cecair vape mengandungi nikotin tanpa lesen di Tampin, Negeri Sembilan telah diserbu oleh Bahagian Penguatkuasaan Farasi (BPF) KKM.

BACA: 6 Kematian Misteri Penyakit Paru-Paru Dilaporkan Akibat Tabiat Vape

Pada awalnya penyelia kilang cuba memperdayakan pegawai BPF dengan memberi alasan kilang ditutup dengan zink tersebut ialah milik syarikat lain dan menghasilkan jus minuman, namun ianya tidak berjaya apabila pegawai nekad mengangkat zink tersebut sebelum melakukan siasatan terperinci.

Serbuan yang dibuat hasil daripada makluman orang awam tersebut membuatkan mereka berjaya merampas nikotin dan 35,439 item perisa vape yang mengandungi nikotin bernilai RM6.38 juta.

Untuk pengetahuan anda, aduan boleh dilakukan sekiranya anda mendapati ada jualan cecair rokok elektrik yang mengandungi nikotin kepada BPF melalui lama sesawang DI SINI atau pun mana-mana cawangan BPF yang berdekatan selain daripada hubungi talian 03-78413200 bagi membanteras gejala tidak sihat ini.

Penjualan nikotin (racun Kumpulan C) secara berleluasa tanpa sebarang lesen yang sah merupakan satu kesalahan yang mana jika didapati bersalah boleh dihukum mengikut Seksyen 32(2) Akta Racun 1952 [Akta 366] atau denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Harian Metro

 

Aksi Gemini Man memang di luar jangkaan.

Gemini Man

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI